Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden: Ini Juga Cerita Orang Yang Rapat Dengan Mereka
LAGI RAKAN AKRAB PASANGAN MALAYSIA YANG DITAHAN DI SWEDEN TAMPIL DEDAH KISAH SEBENAR
Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..
Assalamualaikum wbt
Hampir semua
rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang
ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin
dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam
dan Arif.
Alhamdulillah
ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan
mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat
diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga
yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Maka hari ni
Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat
dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah
mereka ini yang dituduh suka mendera anak.
| Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011.. |
Kepada mereka
yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah
daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi
kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah
berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara
tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan
Twitter..
Aku mengenali
mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun
2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom
Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang
yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan
beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi
pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan
menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore,
Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..
Uncle Azizul
dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar
Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi
memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat
Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat,
awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa
untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi
tazkirah ringkas dan sebagainya..
Senyuman terukir dengan hasil tangkapan
Bersama warga Malaysia yang lain pada Hari Raya
Aidilfitri @ Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..
Mereka selalu ceria untuk ke sekolah :D
Bersama Ammar dan Adam.. Bukit belakang rumah di Spanga,
Sweden
Bersama warga
Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato'
Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg
Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004),
Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec
2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..
Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004)
dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang
Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan
Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik
Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan
Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B)
Amin dan bersama keluarga masing2..
Kesemua mereka
ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan
uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini
bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah
seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri..
Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan
dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2
pelajar Sekolah Seri Putri..
Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah
di pagi hari..
Sebagai
pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika
selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah
beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat..
Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini..
Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First
thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza..
kitorang nak makan pizza.."
| Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka.. Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden.. |
![]() |
| Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg |
Kadang2 hampir
setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan..
Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul
seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai
seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau..
Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di
sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan
deraan atau pukulan pada mereka..
![]() |
| Arif tertidur sewaktu konvoi beraya.. |
![]() |
| Ammar dan Adam selalu bermain dan tidur di bilik aku |
Pada
tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan
syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih
sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka
sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam
yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..
Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa
paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan
Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di
Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara
rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika
tidak dapat menahan puasa..
![]() |
| Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa.. Credit photo to - Uncle Wan Batu.. |
Solat adalah perkara
utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal..
Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak
pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara
berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar
super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di
Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..
Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..
![]() |
| Uncle Azizul (Kanan).. Bersama Kakitangan dan pelajar.. |
![]() |
| Auntie Shal (kiri) bersama pelajar dan warga Malaysia Di Sukan ASEAN - Pretoria, South Africa |
Aku bukan
membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi
semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa
ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak
solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu
kepadanya..
| Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa.. |
Mengharapkan
doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan
Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah
anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka
masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika
Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga
hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah
Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima
kasih. - sumber











0 orang berkata:
Post a Comment