Wednesday, February 12, 2014
Mahkamah: Pertikaian Afidavit Pulak!
Afidavit Najib perlu ditolak kerana kesalahan pada nama, kata bekas polis
FEBRUARY 12, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 12, 2014 02:16 PM
OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 12, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 12, 2014 02:16 PM
OLEH MD IZWAN
Datuk Mat Zain
Ibrahim mempersoalkan percanggahan afidavit melibatkan perdana menteri
dan isterinya selepas Mahkamah Rayuan menolak akuan berkanun (SD)
miliknya, semalam.
Bekas Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur itu mendakwa, alasan
penolakan SD ke atas Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah mempunyai persamaan dengan afidavit Datuk Seri Najib Razak
(gambar) dan isterinya.
Semalam, panel
lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dalam
keputusan sebulat suara berkata, SD Mat Zain bukan kenyataan dalam
mahkamah dan tidak boleh diterima.
“Tuduhan lain dalam SD itu wajar dipertikaikan,” katanya ketika membacakan keputusan itu.
Mat Zain
mendakwa keputusan semalam pada masa bermakna afidavit yang dikemukakan
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang difailkan pada 2011
semasa perbicaraan kes liwat kedua Anwar, juga boleh dianggap tidak
boleh diterima.
"Ada kecacatan
tersembunyi dalam afidavit, di mana nama PM dalam afidavit berbeza
dengan nama yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam
daftar pemilih yang digunakan semasa majlis angkat sumpah PM pada 2009
dan 2013," kata Mat Zain dalam satu kenyataan hari ini.
"PM mengesahkan
namanya sebagai Najib bin Tun Hj Abdul Razak dalam afidavitnya.
Bagaimanapun, dalam daftar pemilih dinyatakan sebagai Mohd Najib bin
Abdul Razak. Manakala, semasa majlis angkat sumpah pula dinamakan
sebagai Muhammad (Mohd) Najib bin Tun Hj Abdul Razak pada kedua-dua
majlis. Rosmah juga mengesahkan nama suaminya sebagai Najib bin Tun Hj
Abdul Razak dalam afidavit," katanya.
Selaras dengan
keputusan ke atas SD tersebut, Mat Zain menggesa Peguam Negara, Tan Sri
Abdul Gani Patail mengambil tindakan sama ke atas afidavit bercanggah
khususnya melibatkan Najib dan Rosmah.
"Penghakiman sama juga mesti diguna pakai walaupun hal tersebut melibatkan perdana menteri dan isterinya.
"Oleh itu,
peguam negara wajib memberitahu mahkamah percanggahan dalam butiran
melibatkan Najib dalam afidavit beliau dan isterinya dan juga dengan
dokumen lain," katanya.
Bekas anggota
polis itu mendakwa sudah membangkitkan isu percanggahan itu sejak 2011
kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika itu dan baru-baru ini
kepada perdana menteri dan peguam negara.
"Ia sama ada
afidavit PM dan isteri perlu diisytiharkan tidak boleh diterima oleh
mahkamah kerana percanggahan dan mereka perlu dipanggil semula saksi,
atau mereka mempertahankan afidavit masing-masing untuk membetulkan nama
PM."
"Najib juga
perlu mengangkat sumpah semula di hadapan Agong jika namanya pada kad
pengenalan adalah Najib dan bukannya Mohd Najib.
"Jika tidak, ia
akan menjadi haram baginya untuk menjalankan fungsi perdana menteri
jika sumpah beliau tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Pada 9 Januari
2012, Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 66, dibebaskan oleh
Mahkamah Tinggi daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Permohonan kedua Anwar untuk mengenepikan Shafee, berdasarkan SD Mat Zain ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Mat Zain
mendakwa dalam akuan berkanunnya, bahawa Shafee dan Bekas Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff
membincangkan salah laku Gani di rumah bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Pada 20
Disember, Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah
Rayuan menolak permohonan Anwar dan mengatakan SD itu tidak relevan
kerana ia berkait dengan insiden mata lebam yang sudah diputuskan
mahkamah sebelum ini.
Aziah berkata, SD itu hanya bukti yang dengar cakap dan Mat Zain tidak hadir ke mahkamah untuk menyatakan kebenaran.
Beliau berkata, terdapat beberapa kesilapan dalam SD seperti nombor kad pengenalan Mat Zain dihitamkan.
Anwar mencabar
kesahihan pelantikan Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah. Tetapi,
mahkamah menolak permohonannya pada 20 November lalu. – 12 Februari,
2014.


0 orang berkata:
Post a Comment