Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 11 Februari 2014

PRK Kajang : Polis Mula Siasat Anwar

Polis memulakan siasatan terhadap calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang, kata timbalan ketua polis Selangor.

Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.

Beliau berkata, tindakan berkempen lebih awal melanggar undang-undang seperti yang termaktub dalam peruntukan yang harus dipatuhi semua pihak.

"Apa yang saya cakap adalah termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiada yang terkecuali.

"Saya minta parti politik supaya mendapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian.

Anwar yang juga ketua pembangkang menganjurkan siri ceramah serta sesi bertemu rakyat di Kajang  untuk menjelaskan tindakannya bertanding di situ.

Polis dilaporkan menerima laporan terhadap Anwar daripada penduduk Kajang serta parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana dikatakan melanggar undang-undang dengan berkempen lebih awal.

Menurut akhbar itu lagi, Pengerusi dan Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata tindakan Anwar yang melanggar undang-undang itu merupakan musilhatnya untuk meraih sokongan daripada pengundi.

Bagaimanapun, Anwar menafikan beliau melanggar undang-undang dengan berkempen lebih awal dan menuduh dakwaan ke atasnya itu tidak berasas.

Beliau berkata, BN sudah melancarkan kempen agresif terhadapnya di media yang dikawal mereka dan hanya akan bersetuju dengan dakwaan tersebut sekiranya beliau didakwa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Minggu lalu, SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk PRK Kajang dan 11 Mac untuk hari penamaan calon.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang pada 27 Januari.

Kajang mempunyai pengundi berdaftar terdiri 48.5% Melayu (19,050 orang), 40.28% Cina (15,823), 10.29% India (4,040), 0.52% lain-lain (203), 0.2% Bumiputera Sabah (78), 0.19% Bumiputera Sarawak (74) dan 0.03% Orang Asli (10 orang).

Pakatan Rakyat (PR) sudah menamakan Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai calon mereka.Sehingga kini, BN masih belum menamakan calon mereka.TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.