Selasa, 18 Februari 2014
Mungkir Janji: Najib harus letak jawatan, kata Waytha Moorthy
Pengerusi
Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
– Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.
Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.
Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.
"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.
Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.


0 orang berkata:
Post a Comment