Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Shafee perlu berundur dari terlibat kes rayuan Fitnah II

(Azuan Ab Rahman)
shafeeKUALA LUMPUR 10 FEB: Peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah perlu mengundurkan diri daripada terus bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes fitnah II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Februari dan 13.

Pengunduran Shafee perlu kerana beliau akan bergantung kepada testimoni DSP Jude Blacious Pereira yang merupakan saksi penting dalam kes tersebut.

Sedangkan Shafee sendiri semasa mempengerusikan satu siasatan Suhakam berhubung penangkapan lima peguam bantuan guaman pada 7 Mei 2009 menyatakan Jude Pereira sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai,” kata ahli parlimen Padang Serai, N Surendran.

Hasil siasatan rasmi mendapati Jude Pereira adalah pegawai penyiasat dalam kes Fitnah II dan saksi utama pendakwaan.

Jude dinyatakan memberi keterangan yang tidak memuaskan, sama ada secara sedar, tidak bercakap benar atau mengalami masalah serius kehilangan ingatan.

Malah pada Julai 2009, Shafee didakwa memberitahu pemberita bahawa isu utama dalam rayuan Fitnah II adalah isu bahan bukti yang mungkin terganggu.

Dalam erti kata lain, ia berhubung kebolehpercayaan Jude Pereira yang didakwa telah membuka beg sampel yang mengandungi bahan bukti tersebut tanpa alasan wajar.

jude_pereira
DSP Jude Pereira

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat terhadap Jude Pereira dalam siasatan Suhakam, Shafee Abdullah perlu berundur dari bertindak sebagai pendakwa .

“Jika Shafee tidak berundur, peguam Umno itu akan menggunakan hujah bahawa bukti yang dipegang Jude Pereira adalah dipercayai dan harus diterima diterima mahkamah walaupun Shafee sendiri meragui kebolehpercayaan terhadap Jude Pereira dalam kes Suhakam,” kata Surendran.

Tindakan itu kata N.Surendran penghinaan terhadap sistem keadilan negara dan pejabat pendakwa raya.

“Tindakan tersebut juga melemahkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan selain menjejaskan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perbicaraan secara adil,” tambahnya

Sehubungan dengan itu, N.Surendran mahu Shafee mengundurkan diri dari terus bertindak sebagai pihak pendakwa sebelum tarikh pendengaran rayuan kes tersebut.

“Jika peguam Umno itu tidak mahu mengundurkan diri, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertindak menyingkirkan beliau,” kata Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59173

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.