Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tiada habuan Lee lepas jawatan Adun Kajang, kata Anwar

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
February 05, 2014
Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis ‘Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang’ di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis, 5 Februari, 2014.  


Anwar bersalaman dengan tetamu yang hadir di majlis ‘Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang’ di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mohd Farhan Darwis, 5 Februari, 2014. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang habuan diberikan kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh kerana mengosongkan kerusinya.

Anwar berkata, antara syarat yang dikenakan untuk Lee melepaskan jawatan hanyalah Anwar akan menggantikan beliau di kerusi berkenaan.

"Beliau tanya jika jawatan itu dilepaskan adakah saya akan ganti, saya kata betul... tapi tiada sebarang habuan kita janjikan," kata Anwar memberi penjelasan di hadapan lebih 100 penyokong PKR di majlis "Hi-Tea Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang", di Taman Sungai Sekamat, Kajang petang tadi.

"Saya tidak berapa kenal Lee, tetapi saya terpaksa akui, jarang ada pemimpin yang begitu baik," katanya.

Tindakan Lee melepaskan jawatan sebagai Adun Kajang mengejutkan banyak pihak, lebih-lebih lagi tiada alasan konkrit diberikan ekoran tindakannya itu.

PKR bagaimanapun memberi alasan tindakan Lee melepaskan jawatan adalah untuk membolehkan beliau bertanding di kerusi berkenaan, sekaligus menghalang usaha sabotaj Umno bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan ketegangan kaum dan agama.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, dengan terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri, kerajaan Selangor akan mampu menangkis sebarang cubaan Umno merampas negeri terkaya di negara itu.

"Perlu kita tentukan kerajaan Selangor dipertahankan dari segala percubaan," kata Anwar dalam ucapannya.

"Mereka tuduh kita korbankan Islam. Kita jual nama Allah. Seolah-oleh kita khianat bangsa," katanya.

Meskipun PKR menggunakan alasan langkah berkenaan sebagai "strategi politik", pengkritik melihat langkah meletakkan Anwar dalam pentadbiran negeri adalah untuk meredakan krisis antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. – 5 Febuari, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.