Wednesday, February 12, 2014
Subky Latif 'Cambukkan' Siapa Ni?
Patah dan ungkapan Subky penuh bermakna
Langkah orang lama sungguh berhelah dan sarat dengan erti
Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar?
FEB 12, 2014 SUBKY ABDUL LATIF
Saya
tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga
ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya
meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan
beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak
termasuk menyindir politik tinggi Anwar.
Langkah orang lama sungguh berhelah dan sarat dengan erti
Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar?
FEB 12, 2014 SUBKY ABDUL LATIF
Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Tiba-tiba
Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama
sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada
takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak
diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi
politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Ketika saya
memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan
menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak
dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi
ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin
sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.
Kita perlu
berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan
rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua,
menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa
saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu
secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia
ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi
kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu
daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.
Kalau boleh
kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya.
Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu
anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari
kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah
selesai.
Orang kata
keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul?
Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita
adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah
mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri
memudahkan matlamat itu.
Maka dengan
perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana
Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah
lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai
kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu.
Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk
mendapatkan kerjasama semua kaum.
Kalau dengan
politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah
dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi
mendapatkan sokongan semua.
Tetapi kerana
jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi
Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno,
maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan
kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.
Dengan politik
tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia
boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi
pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.
Adanya dia
bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu
gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan
gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun
kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak
sumbu yang boleh menyondol gajah.
Dengan dia
bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi.
Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil
direhatkan.
Pada saya masa
ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya
kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak
mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada
ruginya ular menyusur akar.
Melihat kepada
kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah
dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah
jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.
Bila dia sudah
jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang
ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat
menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.
Kalau saya mahu
berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan
sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya,
pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang
yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.
Jika Anwar jadi
orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana
kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah
maka ia pun jadi.
Ia tidak
terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu
adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang
mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil
langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi
tiada yang berjaya mengadakannya.
Tidaklah apa
yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang
lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku
Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi
apa-apa.
Kita jangan
marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana
langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita
hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati
boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita
bersungguh untuk menggantikan BN.
Jika ADUN
Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu
kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang
Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam
Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.
Jika saya tidak
mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil
kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang.
Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam
mana saya hendak bersama semua orang.
Lagi pun supaya
orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak
dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu
politik.


0 orang berkata:
Post a Comment