Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GASAK KOME LE, YANG PENTING NILAI LA SIKAP KOME SEMUA

Nizar! Tolong jangan pandang serong rakan sendiri

Posted by Admin on Rabu, 14 Mei 2014 | 0 ulasan

WarkahDaily -- Krisis politik Terengganu ibarat ‘pisang goreng panas’ sehingga mendapat perhatian pelbagai lapisan usia dan peringkat. Tidak ketinggalan ada yang sempat ‘berhumor’, ada yang serius dan ada yang menjadikan ruang untuk ‘melepaskan geram’.
Nizar
Penulis WarkahDaily juga tidak mahu ketinggalan dengan sejarah ‘13 Mei kedua’ ini dalam memberi pandangan dan kritikan namun sedikit kelainan berbanding pihak-pihak lain.

Kali ini bukan watak utama iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman yang menjadi sasaran penulis WarkahDaily tapi seorang bekas Menteri Besar di Perak yang juga pernah berpengalaman dalam situasi yang hampir sama dengan krisis di Terengganu.

Ketika krisis politik Terengganu berlaku dalam tempoh sekelip mata, hanya dalam masa satu hari, namun dilihat bekas Menteri Perak dari Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sudah ada pandangan berbentuk prejudis dan sinis terhadap sahabat sendiri dari parti yang sama iaitu PAS Terengganu.

Nizar bimbang PAS Terengganu bentuk kerajaan perpaduan

Menurut laporan berita web Astro Awani semalam, Nizar mendakwa bimbang PAS Terengganu berkemungkinan akan mencapai persefahaman dengan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.

“Bimbang peribadi saya sekarang adalah ... (Perdana Menteri Datuk Seri ) Najib (Razak) akan panggil presiden saya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ... supaya PAS akan bersepakat dengan UMNO,” kata Nizar seperti laporan Astro Awani.

Apa yang memalukan, Nizar selaku pemimpin besar PAS dilihat begitu mudah berpandangan prejudis terhadap sahabat sendiri konon pemimpin-pemimpin PAS di Terengganu mungkin akan terpengaruh jika Umno-BN menawarkan kerjasama ‘kerajaan perpaduan’.

Jika ya pun ada kebimbangan di sudut sanubari yang tulus, apakah Nizar tiada sedikit pun saluran yang sesuai sebagai peringatan itu tanpa mengkhususkan kepada pimpinan PAS Terengganu.

Menurut Astro Awani, Nizar mendakwa PAS Terengganu akan mudah terpengaruh jika Umno-BN menjadikan ‘sentimen Melayu’ sebagai umpan kedua-dua pihak bekerjasama.

Menurut Nizar lagi, beliau bimbang pemimpin-pemimpin PAS (Terengganu) yang terbabit dalam situasi ini. Sesetengah mungkin akan terpengaruh.

Apakah Nizar yang pernah tersingkir dari kerusi MB Perak itu beranggapan pemimpin PAS di Terengganu itu begitu rendah mentaliti dan begitu ‘selekeh’ dalam membuat perhitungan seolah-olah ada di kalangan mereka begitu mudah dibeli pihak musuh dengan mengungkit isu ‘kerajaan perpaduan’ yang sudah pun ditutup buku.

Nizar dilihat seolah-olah cuba merendah-rendahkan pimpinan PAS Terengganu konon begitu mudah untuk bermesra dengan Umno. Berpandukan penilaian apakah Nizar ambil sehingga beliau boleh berpandangan sedemikian yang boleh mengguris hati sahabat sendiri dalam sebuah kapal. Kenapa harus dikaitkan dengan kerajaan perpaduan?

PAS Terengganu minta bubar DUN

Padahal petang semalam PAS Terengganu telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media khas berkaitan isu ini. Tiada satu perenggan pun yang menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Umno untuk membentuk ‘kerajaan perpaduan’ seperti yang disuarakan oleh Nizar.
Dalam sidang media itu, PAS Terengganu melalui pesuruhjayanya YB Satiful Bahri Mamat menyeru semua pihak agar bertenang dan sabar dalam berdepan situasi itu. Menurut Satiful, pihak PAS Terengganu mendesak supaya proses pemilihan kepimpinan ini kembali kepada rakyat itu secara demokasi dan secara asasnya dewan hendaklah dibubarkan.

“Kita melihat PR-15, BN-14, (dan) Bebas-3. Jadi, pertamanya kita berhasrat tidak mahu mengulangi apa yang berlaku di Perak dan berasa tidak selesa dengan suasana politik yang berlaku di Perak yang kita rasakan ia merupakan sebagai krisis politik.

“Kita lebih mengajurkan supaya pihak Menteri Besar yang baru dilantik yang dikira bukan membawa majoriti bagi Parti Pemerintah supaya membubarkan DUN,” jelas pesuruhjaya PAS Terengganu.

Ketika musuh bercakaran, kita cuba timbul konflik dalaman

Apakah relevannya ketika musuh ‘bertegang’ sesama sendiri, kita pula cuba ‘meredakan’ pertelingkahan mereka dengan menimbulkan isu dari dalaman kita pula yang sebelum ini sudah menjadi isu yang banyak mencetus polemik yang cuba dicetuskan seolah-olah pihak yang berada di pihak Presiden PAS adalah kelompok yang hati mereka sentiasa ingin bersama Umno.

Bukan taraf pemimpin PAS jika hanya reti membuat persepsi atau telahan peribadi semata-mata. Usah kita jadi seperti sesetengah blogger yang cuba mencipta dan mengada-adakan isu yang belum pasti semata-mata mahu mengkontroversikan keadaan.

Sepatutnya sebagai pemimpin PAS bertaraf profesional, Nizar perlu menjadikan pengalamannya dalam menyelesaikan masalah yang pernah dihadapinya di Perak sebelum ini sebagai panduan kepada rakan seangkatan, sekurang-kurang boleh mengelak rasa ‘ghairah’ untuk ‘mengutip buangan orang’ sehingga boleh menimbulkan masalah di kemudian hari.

Kit Siang lebih profesional

Dalam hal ini, penulis WarkahDaily lebih menghormati pandangan daripada pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang yang dilihat lebih profesional.

Kit Siang tiada sedikit pun menaruh prejudis terhadap rakan pakatan bahkan dilihat lebih memberi perangsang kepada PAS Terengganu dengan memberi tekanan kepada pihak mush dengan menggesa Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman agar menyerahkan pentadbiran negeri kepada PAS. -WarkahDaily

1 orang berkata:

Anonymous said...

lantak koranglah. tp aku sokong Nizar. UG mulanya bermula di T'ganu. Din Ayam... takkan korang dah lupa? Ala pak mentua dia tu org kuat PAS.. bincang UG tp yg disalahkan Timbalan Presiden! Baru-baru ni tanpa rasa malu, mcm orang kemaruk kuasa terus jaja MB milik PAS t'ganu krn majoriti bila ADUN BN isytihar jadi bebas... at last BN ni u-turn! malu sendiri ja. tp Din Ayam ni ada kemaluan ka? Malang betul Pemuda PAS ada pemimpin mcm ni... kemaruk kuasa. bersuara melebihi pesuruhjaya negeri. Elok la Presiden bersara, biar Din Ayam tahu apa itu politik!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.