Tapak ceramah di kawasan sekolah ikut peraturan
TELUK INTAN - Penggunaan kawasan Sekolah Kebangsaan Selabak sebagai
tapak ceramah Barisan Nasional (BN) malam ini sempena pilihan raya kecil
Parlimen Teluk Intan, dibuat mengikut peraturan ditetapkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Ketua Penerangan BN Perak Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad berkata sebelum memutuskan untuk mengadakan ceramah di kawasan sekolah itu, pihaknya
telah merujuk kepada SPR memandangkan tidak ada kawasan lapang dan sesuai di kawasan itu bagi tujuan tersebut.
"Saya sudah hantar surat kepada guru besar sekolah itu untuk kebenaran menggunakan kawasan itu dengan menyewa tapak itu pada harga RM500.
"Kita juga telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Pemuda Pas yang mengecam tindakan BN mengadakan ceramah di kawasan sekolah,
Saiful Bahar berkata Pemuda Pas telah menggunakan isu itu hanya untuk mengelirukan pengundi Parlimen Teluk Intan.
Malah Pemuda Pas sendiri sehingga hari ini tidak mendapatkan permit polis bagi program ceramah mereka, dakwanya.
"Siapa yang tidak ikut undang-undang, kita atau Pas," katanya.
PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Bernama

1 orang berkata:
Spr dan umno ni sama je.ibarat taik dengan kentut.taik bau busuk kentut pun bau busuk.fikir2 lah
Post a Comment