Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

wajib menang

Sabtu, 17 Mei 2014

Dyana Sofya sah calon DAP PRK Teluk Intan

TELUK INTAN, 17 MEI – Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, diumumkan sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengumuman tersebut dibuat tadi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis pelancaran pusat operasi pilihanraya DAP di sini, jam satu tengah hari tadi.

Dyana, 27 tahun dan seorang peguam, menjadi taruhan DAP untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut yang dimenangi dalam PRU ke-13 lalu. 

“DAP menghadapi cabaran cukup sukar untuk menggantikan mendiang Seah Leong Peng. Kita mempunyai ramai calon berkelayakan.

“Kita tidak ada pilihan yang mudah. Calon kita ini adalah mencerminkan kepelbagaian DAP serta memberikan peluang kepada golongan wanita, supaya dapat menceburkan diri dengan arena politik negara.

“DAP mengambil keputusan, untuk masa depan Malaysia, kita memilih Dyana Sofya sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan,” kata Guan Eng disambut tepukan gemuruh ratusan hadirin.

Dyana menerima pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum menyertai DAP pada tahun 2010.

Selain memikul peranan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, beliau juga terlibat secara langsung dalam program anjuran Impian Malaysia, sebuah kempen yang diilhamkan dari ucapan Lim Kit
Siang.

PRK ini diadakan setelah Seah Leong Peng, pemimpin DAP yang memenangi kerusi parlimen ini pada PRU ke-13, meninggal dunia akibat barah pada 1 Mei lepas.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir dalam majlis pengumuman tadi ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Exco Agama Kerajaan Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim. 
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.