BUNG MUKHTAR MASIH DUDUK DI BAWAH TEMPURUNG, CIIIIS, BAGI MALUK URANG SABAH SAJAK, CAKAP PUK,PEK, PUK PEK, TAPI KOSONG, RUGIK URANG SABAH PILIH KAMUK JADIK MP MAREQA - Pak Karamu
Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan,
Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf
Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau untuk rakyat Malaysia yang memahami sejarah masa lalu Eropah dan menghormati perpaduan moden negara itu.
“Ketika ini sepatutnya menjadi masa untuk meraikan kemenangan Jerman
dan kita mengucapkan yang terbaik pada perlawanan akhir nanti,” katanya
menerusi akaun mikro Twitternya.
Terdahulu, Bung Mokhtar mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan
pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir
bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu dengan Adolf Hitler menerusi
akaun Twitternya dengan berkata: “Well done...bravo...long live
Hitler”.
Kenyataan itu tidak disenangi oleh ramai pengguna Twitter yang
merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau
sendiri.
Sebelum Najib memuat naik status terbaru itu, Bung terlebih dahulu memohon maaf di atas kenyataannya itu.
“Apabila Jerman belasah Brazil, saya secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan rakyat Jerman.
“Saya mohon maaf dengan seikhlasnya. Long live Bung (panjang umur Bung),” tulisnya.
0 orang berkata:
Post a Comment