ANAK MUDA SUKA KEPADA JIHAD SEBAB MEREKA TAHU JIHAD ITU HANYA SATU MAKSUD SAJA, APA PASAL TIDAK AJAR MEREKA ILMU YANG BETUL ? JIHAD ANGKAT SENJATA ADALAH JIHAD ASGHAR (KECIL) SEKALIPUN MELIBATKAN BERTUMPAH DARAH, JIHAD LAWAN HAWA NAFSU, JIHAD AKBAR (BESAR) SEKALIPUN HANYA BERBARING-BARING. POKOKNYA SEBAB YANG AJAR MAKSUD JIHAD ITU ADALAH MEREKA YANG SUKA MAIN TOY GUN, ATAU KAKI PUK,PEK, PUK PEK - Pak Karamu
Salah tafsir erti jihad pengaruhi anak muda
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kelompok yang mentafsir ayat-ayat al-Quran
dengan tafsiran yang berbeza sehingga mewujudkan fahaman salah
dikhuatiri mendorong lebih ramai anak muda terpengaruh dengan kegiatan
militan.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, perkara ini boleh berlaku sekiranya mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) menerima segala input dan ilmu yang disampaikan tanpa mencari sumber lain yang boleh dipercayai.
Katanya, dalam konteks itu, pandangan dan penerangan dilontarkan pensyarah diterima bulat-bulat, percaya hanya dengan sebelah pihak tanpa membuat pertimbangan sewajarnya.
“Boleh jadi tafsiran itu membawa maksud lain yang luas pengertiannya. Contohnya, dalam soal jihad itu sendiri, persoalan yang berbangkit sekarang ialah adakah mengangkat senjata itu satu-satunya jalan dakwah yang ada.
“Walhal terminologi jihad itu lebih luas meliputi jihad dalam konteks dakwah, pendidikan, ekonomi,” katanya.
Zaharuddin berkata, pensyarah antara individu yang dilihat mudah mempengaruhi, mengakibatkan mahasiswa yang kurang matang, mempunyai darah muda yang teruja pasti mudah terikut-ikut menyertai kegiatan militan.
Katanya, mereka mahu merekrut mahasiswa kerana golongan ini biasanya masih belum ada isteri dan anak-anak.
Justeru, beliau berkata, amatlah wajar mahasiswa berfikir dengan lebih rasional dalam soal ini dan tidak mudah dipengaruhi dengan kegiatan militan.

1 orang berkata:
Bagaimana nak pergi berjihad kalau nafsu tewas. Org yg pergi berjihad tu dah mng berjihad dgn nafsu. Ada org kata berjihad melawan nafsu tu lebih besar merupakan hadis dhaif
Post a Comment