Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA GELOJOH SEMUA JADI BANGANG

Wednesday, July 16, 2014

SPR Apa Macam? Najib Juga Diam?

Oiii...PKR sama macam UMNO juga
Yang buat kerja merudum, yang bodek akan melambung!
Rafizi sedang buat kerja, orang lain sedang berperang rebut jawatan


PKR dedah surat campur tangan Putrajaya dengan hutang Deepak
 
Published: 16 July 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dedah bukti dokumen campur tangan Putrajaya dengan hutang usahawan permaidani Deepak Jaikishen di Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti dokumen wujud campur tangan Putrajaya dalam pentadbiran kewangan Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishen daripada hutangnya yang berbaki RM32 juta.
Surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek itu dituju kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
"Bayaran bulanan akan dibuat melalui 120 keping cek 'post dated' berjumlah RM32.4 juta berkuatkuasa Januari 2014.
"Tindakan undang-undang akan diteruskan sekiranya cek 'post dated' tersebut gagal dilunaskan," kata Hasan dalam surat tersebut.
Katanya, perkara itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan di pejabat Malek di Putrajaya pada 30 Januari lalu antara Naib Presiden Kanan (SVP) Perbankan Korporat Abdul Razak Abu Bakar, Mustafha sebagai wakil Bank Rakyat, dengan peminjam iaitu Deepak dan Rajesh. – 16 Julai, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.