Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN KAN ADA !

Tuesday, July 15, 2014

Boleh Cayakah Warga Sabah Hidup Dalam Ketakutan?

Kalau mereka benar takut Manakah usaha dan desakan mereka terhadap kerajaan yang mereka pilih dan menjaga mereka? MP dari Sabah banyak merapu dari membantu Menteri dari Sabah banyak cakap dari laku Cara dan perilaku mereka seolah tidak ada apa-apa yang berlaku menggugat penduduk Sabah Apa hal orang semenanjung susahkan?
Warga Sabah bosan hidup dalam ketakutan, adakah kerajaan mendengar rintihan mereka? 
LAPORAN KHAS: Beberapa orang pemimpin Sabah telah menyeru supaya kerajaan negeri dan persekutuan mengisytiharkan perang terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian Koperal Rajah Jamuan dalam sebuah serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai.
Malah, seruan tersebut sepatutnya adalah bagi mengisytiharkan perang ke atas semua penceroboh bersenjata atau militan asing yang kini menjadikan pantai timur Sabah sebuah neraka di dunia bagi penduduk tempatan dan pelancong asing.
Tidak ada keraguan bahawa sumber pendapatan No 1 Sabah, iaitu industri pelancongan sedang terjejas teruk.
Berapa ramai lagi nyawa yang mesti melayang sebelum kerajaan persekutuan bertindak untuk mempertahankan rakyat dan negara?
Berapa banyak lagi kejadian penculikan yang mesti berlaku sebelum kerajaan persekutuan mendapati tindakan serius harus diambil dan memanggil tentera untuk mempertahankan negerinya?
Mengapa kerajaan persekutuan enggan berhadapan dengan penceroboh asing bersenjata ini? Apakah sebab-sebabnya kerajaan persekutuan terus bertolak ansur dengan pencerobohan sebegini yang mencabar kedaulatan negara?
Ia tidak masuk akal untuk ramai rakyat Malaysia, tetapi pastinya Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tahu mengapa ia enggan untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung pencerobohan tersebut.
The Borneo Post melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin tempatan di Sabah telah menggesa kerajaan (persekutuan) untuk mengisytiharkan perang terhadap penceroboh bersenjata yang membunuh Rajah di Mabul Bungalows Water Resort pada malam Sabtu.
Rakannya, konstabel Zakiah Aliep, 26, dipercayai telah diculik oleh perompak bersenjata.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Menteri Tugas Khas Negeri, Datuk Teo Chee Kang berkata: "Saya melihat serangan itu sebagai satu cabaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.
"Ini adalah satu kes pencerobohan ke dalam wilayah kita yang serius. Ia merupakan perlanggaran yang sangat serius dan saya menggesa anggota penguatkuasa kita, terutamanya pasukan polis kita, untuk mengisytiharkan perang terhadap orang-orang ini. Kita mesti meletakkan barisan yang sangat kuat terhadap semua penceroboh, dan kita bersama-sama mesti menjaga sempadan serta mempertahankan kedaulatan negara," katanya.
Mengenai isu kesalahan yang diletakkan terhadap pendatang haram di atas pencerobohan ini, Teo berkata yang beliau percaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah telah mengkaji perkara ini secara menyeluruh.
Apabila ditanya sama ada beliau menyokong cadangan oleh bekas presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok supaya semua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah diambil dan dikeluarkan semula hanya kepada rakyat Sabah tulen, Teo menjawab: "Jika memang ada kad pengenalan yang diperolehi oleh pendatang tanpa izin secara meragukan, maka kita perlu melakukan sesuatu untuk membatalkannya. Jika terdapat bukti bahawa ianya diperolehi secara meragukan, maka saya akan menyokong usaha tersebut."
Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong turut menggesa rakyat Sabah bangun dan mengisytiharkan perang terhadap penceroboh kerana meragut nyawa seorang anggota polis.
"Hari ini, kita kehilangan seorang pemuda yang mempunyai masa depan cerah, seorang petugas patriotik yang berkhidmat bagi negara dan negeri ini yang kita semua cintai dengan bangga dan berani. Demi beliau kita perlu memastikan bahawa pemergiannya tidak akan disia-siakan."
"Saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk memfailkan usul tergempar. Pasukan keselamatan kita telah ditembak dan diculik. Ini adalah serius. Ini adalah krisis keselamatan negara, dan kami, di pihak pembangkang, bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menangani isu ini dengan pantas," kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.
Jelas sekali, rakyat Sabah sudah bosan hidup dalam ketakutan. Tetapi adakah kerajaan BN akan mendengar dan bertindak kali ini? - sumber

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.