Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARA NIPUN BAIK JUGA

Tuesday, July 8, 2014

Adun Pakatan Akan Kemuka Undi Tak Percaya Kepada MB Selangor?


Kalau Tan Sri Khalid ada sakit jantung.. mungkin dia akan 'padam' bila terbaca laporan yang sensasi yang tak pasti darimana sumber info yang mStar dapat ni..

Laporan ini mengatakan kononnya beliau akan disingkirkan melalui undi tak percaya melalui sidang DUN..
Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin goyah apabila beliau terus diberi tekanan supaya mengosongkan kerusinya di Pejabat Menteri Besar Selangor.  
Usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid kini sampai ke tahap yang lebih serius apabila Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat khas pada Selasa berhubung kedudukan Menteri Besar itu.  
Difahamkan mesyuarat yang sedang berlangsung di bangunan Annex pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor sejak awal pagi Selasa itu bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.
Mesyuarat berkenaan juga dikatakan untuk mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu.  
Wakil media mula berkumpul di lobi bangunan Annex sejak awal pagi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu ~ mStar

Apa yang dilaporkan itu adalah salah satu dari dua pilihan yang ada untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar..

Tetapi ianya berkemungkinan gagal memperoleh majoriti kerana PKR menguasai 14 DUN, PAS 15 DUN dan DAP juga 15 DUN selebihnya ialah DUN yang dikuasai UMNO.

Sebabnya yang riuh rendah mahukan Khalid berundur bukanlah keseluruhan ADUN-ADUN dari PKR, manakala ADUN dari PAS dan DAP pula majoriti menyokong Khalid sebagai MB.

UMNO pula sudah tentu mahu Khalid kekal sebagai MB, kerana bagi mereka lebih lemah seseorang pemimpin dari PR itu lebih baik buat mereka..

Jadi nampak sukar untuk menurunkan Khalid melalui undi tak percaya..

Sudah-sudahlah menyerang Khalid tu... buang masa saja nampaknya.. baca apa Azmin kata ni..
Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Selangor Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak agar menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khallid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.  
Azmin berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya perlu menumpukan usaha membangunkan negeri Selangor.  
"Saya nasihatkan hentikan semua spekluasi. Kita ajak pimpinan dan anggota parti tumpu kerja membangunkan Selangor.  
"Bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi, kita kerja sebagai satu pasukan untuk membantu rakyat," katanya kepada pemberita di Bangunan Annexe di Shah Alam, hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.