Thursday, July 17, 2014
Menteri Ayam Ni Kata 10 Tahun Bayaran Balik Tanpa Faedah Itu Untungkan Peminjam? - Korang Setuju?
Kontroversi pinjaman Bank Rakyak: Menteri dakwa keputusan terbaik untuk pemegang saham
Datuk Seri
Hasan Malek menjelaskan keputusan yang dibuat dalam pinjaman membabitkan
ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishan dengan Bank
Rakyat adalah yang terbaik untuk pemegang saham.
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata orang ramai
boleh menilai sendiri berdasarkan penjelasan awal yang dibuat dalam satu
kenyataan di akaun Facebook miliknya.
"Saya dah jelaskan dalam Facebook, orang ramai boleh menilai," kata Hasan kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Hasan berdepan
kritikan selepas didedah terlibat secara langsung dalam proses
penstrukturan baki pinjaman RM32 juta antara Deepak dengan Bank Rakyat.
Bagaimanapun, Hasan mempertahankan tindakan yang dibuatnya dalam proses penstrukturan tersebut.
"Saya teguh
dengan pendirian bahawa semua tindakan yang dibuat oleh saya dan pihak
bank adalah berpandukan kepada yang terbaik buat pemegang saham.
"Ia dibuat berdasarkan lunas undang-undang dan mengikut norma industri perbankan," katanya.
Dalam
kenyataannya lagi, Hasan menafikan keputusan tersebut dibuat secara
bersendirian tetapi sebaliknya dilakukan secara bersama.
"Ia dibuat atas nasihat dan perbincangan dari pihak pengurusan bank dan tidak dibuat secara bersendirian," katanya.
Hasan berkata
tawaran penstrukturan yang dibuat kepada Deepak adalah langkah terbaik
malah lebih menguntungkan pihak bank, bukan seperti yang didakwa pihak
tertentu.
"Setelah
mengira kos yang terlibat termasuk lelongan dan pembubaran aset didapati
penstrukturan akan memberi pulangan pinjaman yang lebih baik berbanding
tindakan undang-undang," katanya.
Mengenai
dakwaan campur tangan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
beliau menerangkan seorang menteri mempunyai peruntukan dan kuasa
tersebut.
"Sebagaimana
dinyatakan dalam Seksyen 16 Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas) 1978
menteri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
"Ia dibuat mengikut lunas undang-undang yang sedia ada," katanya.
Malah, Hasan
berkata pihaknya juga sudah memberikan kerjasama dengan Bank Negara dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Siasatan juga
dibuat oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
sebelum ini seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan Parlimen dan
kenyataan media yang diberikan oleh SPRM.
"Semua
keterangan telah diberikan termasuk dokumen-dokumen yang relevan juga
diserahkan kepada SPRM dan Bank Negara mengenai isu ini," katanya.
Rafizi semalam
mendedahkan surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Hasan yang dituju
kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai
pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
Manakala baki
pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran
bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga
selesai, yang mana terdahulu.
Skandal
pinjaman bank Deepak timbul apabila bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri
Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara
enggan mengikut telunjuk Hasan.
Katanya, 10 tahun bayar hutang tanpa faedah hanya akan menyebabkan kerugian terhadap Bank Rakyat. – 17 Julai, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment