Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, July 14, 2014

TLDM Mohon Kebenaran Tembak Penceroboh, Pengganas

Penceroboh, Pengganas Senang Masuk Kawasan Perairan Sabah,.......Ini Puncanya........



Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
  [mstar]- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.

Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.

"Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaharu di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakia Aleip, 26.

Beliau berkata penceroboh tidak takut dengan pihak berkuasa kerana mereka tahu pasukan itu hanya memberi amaran supaya berhenti dan tidak akan melepaskan tembakan.

"Kalau kita bagi amaran berhenti, mereka tidak akan berbuat demikian dan akan sentiasa berjaya melepaskan diri, oleh itu perkara ini tidak boleh dibiarkan," katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada yang baharu iaitu Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid yang bersara wajib.


         Penyerang Di Pulau Mabul Pernah Menculik 

[mstar]- Kumpulan yang melakukan serang hendap dan membunuh seorang anggota polis marin di Pulau Mabul dua hari lepas dipercayai pernah terbabit dalam penculikan di pantai timur Sabah.

Menurut sumber Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina serta orang awam bagi memperkukuh bukti.

Sumber itu yang dihubungi Bernama di sini hari ini turut berkata Esscom juga mempertimbangkan kemungkinan menyiarkan foto suspek bagi memudahkan orang ramai mengecam sekali gus membawa kepada penangkapan suspek.

Media sebelum ini melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan Esscom Datuk Ahmad Nadzer Nordin sebagai berkata berdasarkan maklumat risikan, terdapat 14 kumpulan penculik yang berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat daripada mereka pernah melakukan penculikan di perairan timur Sabah.


Dalam kejadian 11.10 malam Sabtu itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan, dalam serangan hendap oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, Semporna.

Sumber itu juga memberitahu pihak Esscom mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa Filipina yang mengarahkan pasukan marinnya mengesan suspek di perairan negara tersebut.

Sementara itu, Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan telah diarah meningkatkan kawalan keselamatan di resort-resort di perairan pantai timur Sabah.

Ditanya mengenai Zakia, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan tiada perkembangan terkini.

Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini.

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata melarikan pelancong wanita warga China dan pekerja wanita warga Filipina dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna.

Sebulan kemudian lima lelaki bersenjata menculik seorang warga China yang juga pengurus syarikat ternakan ikan di dalam sangkar di Pulau Baik, Lahad Datu.

Ketiga-tiga mangsa terbabit berjaya diselamatkan.

* Punca Perairan Sabah Senang Diceroboh, Didedah Oleh TLDM !


[gambar Fail]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.