Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ROKET SEPERTI MEMPERDAGANGKAN WANITA

14/07/14

Kerana 'awek cun' Roketkini mohon maaf

  

Laman web berbahasa Melayu DAP Roketkini hari ini memohon maaf kerana menggunakan perkataan “awek cun” bagi menggambarkan seorang anggota barunya, jelitawan Melayu bertudung Syefura Othman dalam wawancara terbarunya.

Dalam ralatnya yang diletakkan di bahagian bawah artikel berjudul “Rara: Dari mana nak ke mana (Bahagian 1)” itu, Roketkini menjelaskan, langkah itu diambil memandangkan terdapat beberapa pihak kurang senang dengan penggunaan slaga itu.

“...Roketkini telah membuat perubahan ke atas bahagian berkenaan.

"Kami meminta maaf atas kesilapan menggunakan ungkapan yang tidak begitu menyenangkan,” ralat itu dipetik.

Dalam edisi kemas kini Roketkini hari ini, perkataan “awek cun” yang digunakan ditukar kepada “wanita muda".

“Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik (DAP) nampaknya kian meningkat,” demikian ayat terbaru yang digunakan.

“Pasca pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis Cina’.”

Bagaimanapun, ketika laporan ini ditulis, perkataan sama yang digunakan di bahagian bawah artikel itu setakat ini masih kekal.

Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan Roketkini, aktivis Syefura, 25, yang lebih dikenali sebagai “Rara” ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutama orang Melayu.

Editor nafi arahan atasan

Sementara itu, pengarang Roketkini Al Mustaqeem M Radhi ketika dihubungi berkata, langkah itu hasil keputusan sidang redaksi selepas mendapat maklum balas daripada pengguna Internet.

Katanya, oleh kerana perkataan itu tidak menjejaskan kandungan artikel, mereka memutuskan menggantikannya dengan perkataan lain.

Ditanya sama ada ia arahan daripada kepimpinan DAP, Al Mustaqeem hanya berkata: “Tidak, tidak”.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.