Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OOOOOOO I SEE

Monday, July 14, 2014

OIC Yang Menyakitkan Hati

Satu cadangan yang sia-sia....sape nak dengar?
Selagi semua pemimpin negara Islam takutkan biji kotenya dipulas Amerika dan Yahudi

Selagi itu Umat Islam akan ditindas


Sikap Negara-Negara Arab lagilah menyakitkan hati......
.
Terutama Arab Saudi dan Mesir

Merekalah sebenarnya bapak Yahudi di kalangan Arab!


OIC dicadang tubuh tentera Islam

mk - 7:10PM - 13 Jul 2014

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dicadang menubuhkan sebuah pasukan tentera Islam dengan keanggotaan pelbagai negara Islam seluruh dunia, berikutan serangan kejam berterusan Israel terhadap
rakyat Palestin di Gaza.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), yang mencadangkan perkara berkenaan, menarik perhatian bahawa pasukan itu seterusnya boleh digerakkan secepat mungkin ke Gaza bagi menangkis dan menghentikan serangan tentera Israel.

Setiausahanya, Mohd Shamsuddin Damin berkata, selain usaha diplomasi dan rundingan yang dijalankan, penubuhan tentera berkenaan secara tidak langsung dapat menyedarkan pengganas Israel bahawa umat Islam bersedia mempertahankan Gaza dan Palestin daripada dimusnahkan.

"Pada hemat kami juga, jihad bertahan ini wajar kerana tentera pengganas Israel mahu memusnahkan Gaza dan tanah suci umat Islam.

"Semua kriteria menggerakkan jihad bertahan seperti dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah dilanggar tentera pengganas Israel," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera, selain masjid, sekolah dan ratusan rumah musnah akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.