Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Trend golongan wanita bersikap agresif semakin meningkat - Dr. Mohamed Fadzil


17/07/2014 11:14
KUALA LUMPUR - Trend golongan wanita bersikap agresif semakin meningkat di negara ini. Menurut seorang pakar psikologi sosial, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Dr. Mohamed Fadzil Che Din bahawa kini terdapat segelintir dalam kalangan wanita tempatan ingin memiliki ciri-ciri 'Superwoman'.
"Jadi ada yang tidak selesa dengan imej feminin mereka dan ingin mengubah diri masing-masing," katanya ketika dihubungi untuk mengulas mengenai rakaman video berdurasi kira-kira 2.33 minit yang telah menjadi viral dalam laman media sosial.
Dalam video itu, seorang wanita hilang sabar apabila dia menyedari keretanya telah dilanggar di belakang oleh kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas di Kuantan pada Isnin lalu.
Video tersebut turut merakamkan wanita itu mengetuk kereta lelaki itu dengan pengunci stereng keretanya untuk meminta bayar pampasan.
Dr. Mohamed Fadzil berkata, perubahan nilai seumpama itu seolah-olah mendapat sokongan daripada masyarakat terutama pemimpin-pemimpin wanita tempatan yang berkelakuan agresif ketika berkempen dan berdemonstrasi. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.