Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS LA WANG RAKYAT !

UiTM bayar dua kali ganda caj penyenggaraan – Rafizi


(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 17 MAC: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyelenggaraan kepada syarikat pemegang konsesi, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.


Menurutnya, perjanjian konsesi UITM menetapkan bayaran RM1.05 setiap kaki persegi di mana bayaran biasa hanya antara 50 sen hingga 60 sen sekaki.


“Ini bermakna, UiTM terpaksa membayar dua kali ganda lebih mahal bagi khidmat penyenggaraan di bawah penswastaan kepada syarikat pemegang konsesi berbanding dengan kos yang ditanggung sedia ada,” katanya.


Jelasnya, kelengkapan di beberapa kampus tidak dibina mengikut keperluan pengajaran menyebabkan Uitm terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membolehkan kampus digunakan.


“Ada dakwaan beberapa banggunan kampus UITM cawangan Jasin tidak mempunyai soket elektrik yang secukupnya.


“Ini kerana tidak termasuk di dalam spesifikasi perjanjian konsesi sehingga menyukarkan ia digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar UITM,” katanya dalam satu sidang media di National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW).


Tambahnya lagi, perjanjian konsesi UITM itu turut mempunyai klausa pembayaran tetap (Availability Charges) seperti di dalam perjanjian konsesi penjana bebas(IPP) yang pernah menjadi kontroversi.


“Dengan adanya klause yang sama dalam konsesi UITM ini menimbulkan kebimbangan dari dalam UITM sendiri bahawa pembayaran tetap ini sudah tentu menjadi masalah dari segi kewangan,” ulasnya.


Kenyataan-kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Paul Low dan Datuk Nur Jazlan Mohamad  membayangkan mereka bersetuju penswastaan kampus UITM pada harga tinggi akan merugikan negara.


Justeru itu, Rafizi juga mendesak agar kabinet mengambil nasihat kedua-dua mereka agar perjanjian konsesi UITM didedah kepada umum.


Katanya, ini untuk membuktikan konsesi UITM ini tidak merugikan UITM seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.