8/08/14
'Ini bukan 1998, Khalid bukan seteru saya'
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata situasi yang dialami Tan Sri Khalid Ibrahim kini berbeza dengan
keadaan semasa beliau berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun
1998.
Tegasnya, menteri besar Selangor itu tidak akan dipecat dengan tidak adil dan menjadi musuh ketat PKR
Katanya, Khalid sendiri sudah mendapat bayangan mengenai rancangan untuk menggantikan menteri besar sejak 15 Januari.
Namun, keputusan akhir akan dibuat
secara muafakat di kalangan pemimpin Pakatan, walau Khalid tetap
berkeras untuk tidak meletak jawatan menteri besar.
“Saya tidak fikir ianya betul untuk
mengumpamakan perisitiwa penuh dendam pada 1998 itu dengan situasi
sekarang dan isu yang timbul. Saya tampil untuk melawan Umno, bukan
untuk memperteguhkan Umno.
“Bila sampai waktu yang sesuai,
sekiranya perlu, say akan jelaskan. Apa yang orang ramai perlu tahu,
kita sudah memerhatikan proses mesyuarat kaunseling dan nasihat (dengan
Khalid) berlangsung berulang kali,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat
PKR hari ini, Anwar bukan sahaja menyifatkan Khalid sebagai seorang
kawan, tetapi juga seorang saudara.
Beliau turut mengingatkan Khalid bahawa
menteri besar itu mengetuai jentera kempen pilihan raya kecil DUN
Kajang, yang akan membolehkan Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik
menggantikan beliau.
Anwar berkata, Wan Azizah serta Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dari PAS dan Lim Kit Siang dari DAP sudah
melakukan pertemuan demi pertemuan berhubung 'Langkah Kajang' untuk
menggantikan Khalid.
Malah, Khalid juga menyertai salah satu mesyuarat tersebut di Shah Alam, kata Anwar.
Maka, isu tersebut tidak perlu digembar-gembur menjadi permusuhan yang pahit, katanya.
“Sebab itulah saya mengelak dari
menjawab tuduhan dari budak-budak bawah. Kadang-kadang, mereka melampau
sedikit dan nasihat saya agar mereka sentiasa ingat dan fokus pada
perjuangan bersama parti.
“Tidak perlu jadi melampau,” katanya dalam sidang media tersebut.
1 orang berkata:
pr semuanya babi
Post a Comment