Dua pemimpin Pas pengikut setia Anwar
SHAH ALAM - Dua pemimpin Pas yang bertindak menyokong Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, boleh dianggap
sebagai pengikut setia Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Madya Dr
Mohd Fuad Mat Jali berkata, atas alasan itu mereka sanggup membelakangi
keputusan parti dengan menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah.
“Saya tidak terkejut jika dua tokoh ini menyokong Anwar kerana mereka dari awal lagi pengikut setia Anwar.
“Bila kita tahu sejarah, kita dapat simpulkan mengapa dua tokoh ini memberi sokongan kepada PKR,” katanya.
Beliau mengulas berhubung tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang membelakangi keputusan Pas dalam krisis penggantian Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, ideologi dua Adun berkenaan semakin menyerlah setelah usaha Anwar menaikkan isterinya, Dr Wan Azizah menemui jalan buntu.
“Kita tengok dua tokoh ini adalah bekas anak buah Anwar dan mereka muncul ketika parti berada dalam keadaan tersepit,” katanya.
Tambahnya, kenyataan dua Adun itu kononnya parti mereka lambat membuat keputusan berhubung pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya alasan semata-mata.

3 orang berkata:
X kisah org adil masuk pas dn sebaliknye. Yg pentimg umno perlu ditumbangkn. Masalahnye dlm pkr byk sampah. Dlm pas byk pemimpin mudemye teringin nk jadi barua UMNO
Setuju...
Yang x ikut arahan pimpinan perlu disingkir sebab kalau dlnm peperangan x ikut arahan ketua menvahayakan orang ramai
Post a Comment