Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CERITA SA'ARI MULA TERBONGKAR

Khamis, 14 Ogos 2014

Tak Sabar Atau Hilang Sabar Dan Kenali Siapa Saari Sungip ?.

Ini semua disebabkan lu

Lihatlah 30 adun menyokong gua untuk jawatan boneka suami ku

Kerana lu ler gua tidak main belakang pasai gua cukup cayang mama

Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan telah mendapat undi majoriti dengan sokongan dua Adun PAS. Yang menjadi kemusykilan gua, adakah sebelum ini Pakatan tidak memiliki undi majoriti dengan 15 PAS 15 DAP dan 13 PKR setelah TSKI dipecat dari parti. Adakah PAS sudah mengumumkan yang PAS telah keluar dari Pakatan sehinggakan seperti tak sabar untuk menjawat jawatan MB Selangor. Nampaknya dua Adun PAS telah mendahului parti yang akan bermusyarat dalam masa tiga hari sahaja lagi.

Tidak bolehkah menunggu beberapa hari sahaja atau mereka merasakan yang PAS akan bersama dengan Umno atau keluar dari PR sedangkan ianya telah pun diterjemahkan berulang kali yang PAS tetap bersama PR kerana tak perlu diulang-ulangkan yang kemenangan PAS di DUN Selangor 15 kerusi atas kesepakatan PAS dalam PR.

Kenapa Wan Azizah begitu teruja untuk menjadi MB Selangor yang sepatutnya milik suaminya dalam 'Langkah Kajang' sebelum terpaksa menarik diri kerana mahkamah rayuan menerima hujah pendakwa raya terhadap kes suaminya. Gua tak kesah siapa yang akan menjadi MB Selangor untuk mengantikan TSKI kerana kerusi itu pun memang milik PKR dan PAS tidak berhajat pun untuk merampasnya. Andainya permohonan Wan Azizah sebagai MB Selangor ditolak oleh Sultan Selangor, siapa yang akan malu. 

Itulah salah satu sebab mengapa TGNA dan TGHH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan walau pun Anwar telah pun bertemu dengan TGHH di Kuala Ibai. Baik di pihak Anwar mahu pun di pihak TGHH, mereka tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Walau pun Majlis Syura Ulama PAS menyatakan sokongan kepada TSKI sebagai MB Selangor sebelum beliau dipecat dan adakah PAS akan menyokong TSKI jika ia dipecat dahulu sebelum Majlis Syura Ulama bersidang?. 

Yang memalukan ialah bila dua Adun PAS pun terikut-ikut rentak PKR tanpa merujuk kepada PJ PAS Selangor, ini yang menjadi tanda tanya. Gua nih dah lama tahu siapa adun PAS yang bernama Saari Sungib sejak era 80'an lagi kerana beliau antara pemimpin IRC yang menyusup masuk ke dalam Umno tetapi disedari oleh Umno lalu mereka menyusup pula ke dalam PAS.


Siapa Saari Sungip

Tahukah lu yang Saari Sungip adalah Mursidul IRC  dan beliau orang yang dihentam oleh al-Marhum TG Harun Taib dalam satu debat anjuran mahasiswa di salah satu universiti yang mana beliau terpaksa meninggalkan PAS bila agendanya terbongkar. Beliau menubuhkan JIM dan tidak lama kemudian beliau menubuhkan IKRAM. IRC dan HIS bermaksud Jemaah Islamiah Syaamilah di mana beliau dengan penuh perasan yang perjuangan dia adalah betul dan Syaamilah sempurna dan PAS seolah-olah Parti Islam celup.



JIM ini dulunya adalah serpihan daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamik Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun  dan di Mesir mereka lebih dikenali dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu  mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..

IRC adalah satu organisasi yang tidak suka menunggu, jika boleh mereka ingin agenda mereka itu menjadi kenyataan yang masa yang singkat. Golongan IRC adalah dari kalangan profesional yang bukan di kalangan ulama. Walau pun Saari Sungip ada mengambil bidang Islam tetapi ia sekadar untuk menunjukkan yang beliau juga seorang yang boleh memberi ceramah keagamaan.

Saari Sungib pernah menjadi Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan ini  dan dilihat seperti menjadi syarat kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.

Gua nak tumpu pendedahan Saari Sughib punya perjumpaan-perjumpaan sulit. Sebab dialah punca kepada kekalutan yang berlaku sekarang. Dia punca, lately, dia rileks je peluk tubuh. Tahukah lu bahawa beliau terlibat dengan konspirasi menguasai PAS dan PKR? Bermula dengan perjumpaan sulit di dalam PAS dan penglibatannya di dalam percaturan pemilihan PKR. 

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihan raya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan berbagai-bagai imbuhan? 


Walhal gua tengok, penarik lancang dan sekutu ratibnya takut orang dedahkan Mat Sabu yang pi jumpa MCA, UMNO di Penang apasal tak bangkit tetapi bila ia melibatkan TGHH, pasti siang malam mereka dan sekutu mabuk barbican di tepi longkang akan buat ratib Ug-Ug-Ug dengan tarbiah dari One G dan nakibnya pula pemuja Karl Mark dan Stalin.

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihan raya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke? 

Akhirnya PAS terselamat apabila PAS Pusat membuat keputusan untuk terus bertanding dan janji Husam dengan Tengku Razaleigh akhirnya dibatalkan oleh PAS Pusat. Kenapa Penarik Lancang tak bising? atau parasit tak sampaikan berita tersebut dari Kelantan, dibawa oleh Bos Penarik beca, untuk di mesyuaratkan di restoran takwa, Gombak dan beberapa area di Pahang?

Pandai juga lu selamatkan bos lu Bila berlaku kekalutan, Timbalan Presiden ni peluk tubuh je... Tak ada fungsi langsung.Tak buat kerja. Walhal, dia kena bantu Presiden selesaikan masalah. Saya masih ingat lagi bila sahabat saya tanya Mat Sabu: "Mat, betul ke hang kata, Lim Guang Eng macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu jawab: "ya, betul". Pernahkah hang kata: Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu terdiam. Tak reti jawab. Kawan tu terus kata: "aku dah tak percaya dah dekat hang". Nak cerita lagi? 


Lu kena ingat banyak lagi rahsia-rahsiakan yang balaci Nuar (Saari Sungib) sembunyikan berkaitan pertemuan gelap Anwar dengan Najib/Umno demi mencapai cita-citanya untuk menjadi PM Malaysia. Tali barut Anwar nia akan pegang kemah Kemang agar tindakan jalan belakang tidak diketahui sebagaimana satu contoh yang didedahkan oleh Yusuf Kalla bagaimana dengan menebalkan muka sanggup mengkhianati Pakatan walau pun Najib sendiri menolaknya. Bak kata orang 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.


Jika ia melibatkan pimpinan PAS, maka keluarlah celaka ini dengan yang sewaktunya melemparkan berbagai tomohan, fitnah dan bermacam lagi ciptaan mereka demi menunjukkan betapa bagusnya Anwar walau semua orang tahu akan ketidak warasan Anwar sejak kebelakangan ini bila bila 16 September berkubur dan untuk menjadi MB Selangor pun turut sama berkubur.


Berhati-hatilah wahai ahli PAS terhadap tubuh badan yang bernama Saari Sungib kerana cita-cita besar beliau bukan untuk parti tetapi demi agenda yang beliau tanam sejak 30 tahun akan digunakan demi menghancurkan PAS walau pun beliau sendiri jahil tentang ahli PAS disebabkan beliau merasa ahli PAS sama seperti ahli Umno, MCA, MIC, DAP, PKR. 


Marilah kita bersama-sama para ulama untuk bemunajat agar musuh-musuh PAS baik yang berada diluar mahu didalam akan mereka merasa malu pada dii mereka sendiri. Kerana itulah gua sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan beliau lebih PKR dari PKR sendiri dan sanggup membelakangkan pemimpin mereka sendiri kerana beliau merasakan beliaulah adun PAS yang paling bijak dan gua harap Azizah akan diperkenanankan oleh Sultan Selangor sebagai MB wanita pertama dalam sejarah negara  walau pun gua lebih yakin yang Azizah akan ditolak dengan mudah oleh Sultan Selangor sebagai mudah beliau mendapat sokongan majoriti 30 dari keseluruhan adun Selangor./GANR

7 orang berkata:

Anonymous said...

penjaga agama berdahwah naik vellfire, land rover discovery, mini cooper.

SuJeng said...

Mat lu pi jmpa hadi awang... Ckp kt dia jgn gelojoh.... Baru anak buah ikut.... Pasai apa dia gatal mulut.... Heboh satu negara... Sbelum meeting hsssaaaaaa....

FIT said...

Penyokong Pas teguh bersama Tgha,Tuna n ulama.

Anonymous said...

Gelojoh pertahankan sesuatu x pe, ni gelojoh nak sesuatu..x sabar. Akad nikah pun belum dah nak sondol..kemudian paksa tok imam nikahkan dia..wali entah kemana. Itulah yg diamalkan pkr. Dap pula tauke hotel bajet...takla apa punya boleh kongkek punya..ini tempat Selamat( tukang api) itulah bandingan manusia gelojoh tak dgr cakap org2 tua

Anonymous said...

Kenapa aku nak kedepan kali ni. Aku asyik kena belakang ja..itulah situasi yg berlaku pd ajijah

Anonymous said...

Hoi celaka umno hang klu x mencarut x leh hidup binatang

Unknown said...

qzz0529
air jordan 4
chopard jewelry
mizuno running shoes
balmain jeans
michael kors outlet
michael kors handbags
kd 10 elite
polo ralph lauren
canada goose
soccer shoes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.