Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DR MAZA JANGAN MASUK CAMPUR, KITA NAK TENGOK ANUAR MATI DALAM POLITIK BERSAMA DAP

Saturday, August 16, 2014

Dr. Maza nasihat Anwar atau Khalid bersara dari politik ni?


Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin menasihati seorang ‘ahli politik’ daripada pembangkang agar bersara daripada persada politik.

Asri berkata, suasana kelam-kabut serta kucar-kacir yang berlaku di negeri Selangor sekarang berpunca daripadanya kerana ahli politik tersebut dilihat hanya mementingkan kehendaknya sahaja.

“Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Tulisan Asri ini berkemungkinan merujuk kepada orang kuat daripada PKR, yang merencanakan pertukaran jawatan menteri besar Selangor.

Namun, rencana tersebut terhenti di tengah jalan sehingga menyebabkan suasana politik di negeri Selangor kini menjadi kelam-kabut.

Namun oleh kerana Asri tidak menyatakan dengan jelas individu yang dimaksudkan, pengikut beliau tertanya-tanya sama ada beliau menujukan kenyataan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkembangan terbaru politik di Selangor menyaksikan Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan sebagai menteri besar, namun nasibnya mungkin diputuskan pada 17 Ogos ini menerusi hasil mesyuarat Pas Pusat.

Kata putus daripada Pas itu nanti, berkemungkinan menyaksikan sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku di Selangor. Sama-sama kita nantikan!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.