Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU BENAR BAK DIKATA, DUN PERLU BUBAR, SEHINGGA INI KITA TAK TAHU RAHSIA APA YANG NAK DIBURU

Thursday, August 14, 2014


Dengan Alasan Apa Sekali Pun Reputasi PAS Dah Pun Punah Di Mata Penyokong PR

Pada ahli PAS mungkin tidak ada apa-apa yang pelik Tapi apa yang aku maksudkan adalah dari pandangan dan persepsi pengundi dan penyokong PR terhadap PAS dan pimpinannya
Suara Salahuddin ni pun masih belum pasti lagi suara Salahuddin atau suara PAS.....sebab terlalu banyak mulut yang membebel dari Presiden, Setiausah, Dewan Ulamak sehinggalah ke AJK Pemuda!
Tangguh keputusan: Ganti MB bukan seperti tukar ketua kampung, kata PAS Published: 14 August 2014
Tukar menteri besar bukan semudah ganti ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Gambar fail The Malaysian Insider.

PAS mengambil masa seminggu lagi untuk membuat keputusan berhubung perubahan dalam jawatan menteri besar Selangor kerana tugas itu bukan semudah menukar ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, hari ini.

Parti Islam itu dikritik hebat kerana melengahkan keputusannya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut atau tidak dikekalkan sebagai menteri besar Selangor walaupun cadangan PKR mengenai pertukarannya dibuat pada 23 Julai iaitu memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih jawatan berkenaan.
“PAS sengaja mengambil lebih masa, bukan sebulan tetapi hanya seminggu untuk mencapai keputusan berhubung isu mengganti menteri besar Selangor. Kita bercakap mengenai jawatan menteri besar, kerusi nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Kita bukan mahu menukar ketua kampung, ini mengenai pertukaran seorang menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Wan Azizah hari ini mendedahkan bukti beliau mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR, DAP dan PAS untuk mengambil alih tugas menteri besar tetapi Khalid enggan menerimanya, dan berkata majoriti perlu diputuskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Persidangan DUN akan datang dijadualkan pada November.
Salahudin merayu rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP - memberi PAS masa sehingga 17 Ogos untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah.
"Janganlah ada di kalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats' (memaksa orang lain menerima sesuatu yang tidak disukai). Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.
"Usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisme dan nepotisme," katanya.
Salahudin berkata, bukan saja masa, wang, keringat dan air mata yang PAS curahkan, malah darah dan nyawa mereka korbankan dalam perjuangan menentang kebatilan.
Katanya, pada saat yang kritikal ini, unsur emosi dan sentimen harus diketepikan.
"Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan kerajaan PR di Selangor," katanya.
Beliau berkata, semua pihak perlu berhemah dalam hal ini.
"Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan baik bagi semua pihak termasuk negeri, rakyat, istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakkan," katanya. – 14 Ogos, 2014.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.