Thursday, 14 August 2014
Khalid Ibrahim Bakal Menggelupur Mendengar Berita Ini..
Presiden PKR Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti
di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya
bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut
Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari
Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama
15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.
Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.
"Dengan ini saya mengumumkan 30
orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya
kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan
kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya
dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.
Menurut Wan Azizah, sokongan
mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang
ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir
sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.
"Dengan perkembangan ini, kami
yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan
Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang
ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum
menyatakan sokongan terbuka.
"Oleh yang demikian, saya telah
mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30
pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti
untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam
Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.
"Saya juga memohon untuk
mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada
keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk
memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.
Sehubungan itu, Wan Azizah
menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip
demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang
sokongan majoriti.
"Beliau seharusnya memudahkan
proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang
keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya
keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
"Keutamaan saya ialah
mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar
segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan
cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
"Oleh yang demikian, saya
menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang
lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan
keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan
Selangor seperti biasa.
"Saya juga memuji kesabaran
rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan
menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia
diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut
Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. ~mk
2 orang berkata:
Kami rakyat Selangor mau org Selangor lelaki JD mb.sy pasti DYM sultan tidak berkenan YB wan azizah.
Pilih la YB .Pas
Hamba mengharap tuanku x terima ajijah. Harap2 tuanku perkenan khalid bubar dun. Bukan apa dah meluat dgn kemelut gila kuasa.
Post a Comment