Sabtu, 9 Ogos 2014
Sejarah Politik Malaysia, Tan Sri Abdul Khalid jadi MB pertama dari Bebas...!!
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Sivarasa Rasiah berkata
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah tidak layak menjadi menteri besar
kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat
PKR.
Ini kerana, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor, katanya.
"Dari segi undang-undang tubuh, beliau (Khalid) tidak ada majoriti lagi di DUN Selangor jadi jelas beliau tidak lagi memiliki majoriti dan sokongan di selangor.
"Bagi saya dia tidak ada pilihan kalau dia diminta letak jawatan oleh ADUN," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Sivarasa bagaimanapun mengakui bahawa Khalid masih memegang jawatan menteri besar secara sah.
Katanya, Khalid hanya boleh dipecat oleh Sultan Selangor atau melalui undi tidak percaya dari ADUN.
Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengulas mengenai satu surat injunksi dari peguam Khalid yang dihantar semalam kepada parti.
Beliau menjelaskan, surat itu tiada kaitan dengan isu pemecatan Khalid.

1 orang berkata:
MB banggang x tahu malu dan x tahu di mn kedudukan dia dlm parti...org kuala sgor pun xnk dia...
Post a Comment