Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

8/04/15

Zaman saya ‘hilang wang negara’ tak seburuk Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan kehilangan wang negara semasa zaman pemerintahannya yang dikatakan bersebab dan diketahui bagaimana oleh rakyat, tidak seperti skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.

“Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang,” katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco.

“Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya (memerintah), dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.

“Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," kata Dr Mahathir, dipetik laman blog berkenaan.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan yang menyamakan hubungannya dengan Tun Daim Zainuddin sama dengan hubungan Najib dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

“(Kritikan) membandingkan Low Taek Jho dan kritikan saya terhadapnya dengan kritikan terhadap saya berhubung penglibatan Ananda Krishnan dalam Petronas dan pelantikan kawan saya Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan. Saya tidak melihat sebarang persamaan.”

Dr Mahathir juga memberi penjelasan kerugian yang dialami Maminco.

Menurut blogger Din Merican, ia percubaan negara mengalihkan pasaran timah di bursa London yang menyebabkan kejatuhan harga komoditi pada 1981.

“Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.

“Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian,” katanya.

Beliau kemudian mengalih perhatian kepada kejatuhan nilai ringgit yang terburuk sejak 6 tahun lalu berbanding dolar Amerika.

“Hari ini nilai ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu ringgit jatuhnya mata wang kita, negara, kerajaan dan rakyat kerugian berbilion.

Dr Mahathir membandingkan zamannya yang menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding satu dolar Amerika pada 1998.

“Tetapi apabila ringgit diselamatkan dari penyangak mata wang, berbilion ringgit duit kerajaan diselamatkan. Ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998.

“Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya,” katanya seakan menyindir.- TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.