• Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim - Foto AFP
1 / 1
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tidak dibenarkan daripada mewakili tiga responden dalam dua kes rayuan qazaf.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh membuat keputusan itu sebulat suara bersama Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun.

Tiga pihak selaku responden iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Notis penarikan diri difailkan Zainul Rijal berikutan Anwar mengemukakan permohonan pada 18 Ogos 2011 untuk menghalangnya daripada mewakili responden.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes qazaf Anwar: Peguam tarik diri]