• Hishammuddin Tun Hussein.Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 1 / 1 
ROMPIN - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyangkal dakwaan kononnya jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen dalam PRK Parlimen Rompin kerana merajuk tidak dipilih sebagai calon.
 
Pemuda Umno masih dapat dilihat di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 70 anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia cawangan Muadzam Shah di dataran Muadzam Shah dekat sini, hari ini.