Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas Terengganu sokong hudud

  • hudud
 1 / 1 

KUALA TERENGGANU – Kesemua ahli parlimen Pas di negeri ini menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan melalui Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pas dari negeri ini adalah terdiri daripada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Abdul Hadi sebagai Presiden Pas dilihat tegas apabila beliau dijangka mengambil tanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang persendirian bagi Kelantan itu dan sanggup menanggung segala risiko biarpun DAP membuat pengumuman untuk memutuskan hubungan dengan beliau berikutan tindakannya itu.

Raja Bahrin berkata, beliau menyokong hudud manakala Mohd Khairuddin dan Wan Hassan dalam kenyataan berasingan sebelum ini turut meminta ahli parlimen selain daripada Pas juga menyokong rang undang-undang tersebut.

Mohd Khairuddin bagaimanapun memberitahu bahawa Pas tetap terbuka terhadap mana-mana pihak yang tidak mahu menyokong kerana Pas akan tetap meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan akan memastikan hukum hudud tertegak di negara ini.

Bagi Wan Hassan pula, beliau dilihat lebih tegas apabila berpendapat tiada alasan ahli parlimen tidak menyokong RUU.

Menurutnya, ia adalah hak orang Islam yang bertujuan menghukum orang Islam mengikut kadar bidang kuasa kerajaan negeri dalam konsep Federalisme manakala bagi Islam pula, perundangan hukum hudud tidak menyentuh sama sekali golongan tersebut.

“Ia jelas tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam di negara ini. Oleh itu, tidak ada sebab kawan saya di parlimen untuk menolak atau tidak menyokong usul yang amat baik ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.