• Khalid arah dialog dibatalkan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twiternya mengarahkan majlis Dialog PM bersama NGO dibatalkan atas faktor keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO. Demi ketenteraman awam, dan keharmonian masyarakat, PDRM mengarahkan dialog di atas di PWTC KL pagi ini dibatalkan," tulisnya.

Bagaimanapun, setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang pengumuman berkenaan hal itu.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tiba di PWTC.

Ruang Dewan Tun Hussien Onn padat dipenuhi dengan jemputan yang masih menanti majlis dimulakan.