Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO DALAM KEADAAN TERSEPIT

Tuesday, June 23, 2015

PERKASA Ramal PAS Akan Menang Besar PRU14

 

Ayuh ulamak-ulamak syurga PAS. NGO non-partisan dan beri perakuan aka jaminan tu.. Jangan berpaling lagi. Lupakan DAP. Lupakan PKR. Lupakan PR.. Tuan-tuan sekarang telah ditunjukkan tuhan di landasan yang betul. Keredhaan Allah Ada Di Situ

Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS akan untung besar dalam pilihan raya umum ke-14 apabila memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.

Katanya lagi, PAS akan lebih kuat apabila tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana undi Melayu akan tertumpu kepada parti Islam itu.

“Tinjauan kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila PAS berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang rugikan PAS.

"Sebaliknya PAS akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif.

“Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka (pengundi) bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno,” katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim juga membayangkan bahawa sejumlah besar ahli PERKASA merupakan penyokong PAS.

“65 peratus ahli PERKASA adalah ahli Umno. Sebahagian daripada mereka tidak puas hati dengan Umno sejak 2008, sebanyak 90 peratus undi PERKASA kepada pembangkang,” katanya.

Maka, PAS akan menjadi semakin kuat lebih banyak bersuara dan bertindak mengenai isu semasa dan isu orang Melayu.

Katanya, tindakan itu lebih baik berbanding menyertai demonstrasi BERSIH bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Selain itu, PAS juga perlu lebih banyak bersuara mengenai isu pendidikan serta ekonomi dan tidak hanyak bercakap mengenai isu agama Islam.

“PAS kena berubah, Jangan cakap bab islam sahaja, PAS kena anjur kongres ekonomi dan pendidikan. (Bila anjurkan kongres seperti itu) banyak pelabur datang dan hilangkan pendapat (masyarakat) bahawa pemimpin PAS kolot,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun kedua-dua parti itu sehaluan dari segi ideologi.

Katanya, situasi politik pada masa ini kurang baik memandangkan kerjasama itu akan membuatkan Umno dalam keadaan tersepit.

“PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Saya tidak fikir PAS dan Umno bergabung walaupun idealismenya bagus tapi (dari segi politik) tidak bagus.

“PAS tunjuk proaktif pada Umno kerana hendak buat hudud Umno pun tersepit dengan politik semasa, dan perkara ini tidak akan selesai,” katanya.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.