Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

wah ini kerja dia orang ?

Dakwaan serius pengubahan wang haram di Australia


1. Isu pembelian kontroversi blok pangsapuri lima tingkat Dudley International House di Caulfield East, Australia mengundang dampak lebih besar sekiranya ia melibatkan dakwaan serius pengubahan wang haram peringkat antarabangsa.

2. Isu ini mendapat perhatian serius daripada pihak The Hon. Joe Hockey, Kementerian Kewangan (Federal Treasurer) yang mengesyaki pelbagai dana luar yang meragukan masuk ke dalam pasaran hartanah Australia.

3. Isu pembelian kontroversi tersebut disokong dengan penyiasatan lapan bulan Fairfax Media yang mendedahkan bagaimana harga pembelian Dudley International House terlalu tinggi. Ia dijual dengan harga A$22.5 juta (RM 65 juta) berbanding harga asal A$17.8 juta (RM 51.5 juta).

4. Lebih serius, Fairfax Media mendakwa jualan Dudley International House adalah sebahagian daripada proses rasuah dan beberapa pembelian hartanah lain di Australia yang bernilai kira-kira A$ 80 juta oleh beberapa pihak menggunakan syarikat-syarikat tax haven berkemungkinan terlibat dalam proses pengubahan wang haram global.

5. PAS juga terkejut mengapa laporan portal berkenaan membuat pendedahan dakwaan yang sangat berat. “The Paris - based anti laundering agency, the Financial Action Task Force warned that Australia is seen as an attractive destination for foreign proceeds (of crime), particularly corruption - related proceeds, flowing into real estate, from Asia Pacific region. The Dudley House deal is the clearest example to date”.

6. Bagaimana peranan dua orang ahli perniagaan Malaysia berprofil rendah yang terlibat sebagai pemaju (joint venture) The Dudley International House berkomplot menjalankan transaksi bersama pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat Incorporated (MARA Inc.)? Dimanakah dakwaan lebihan wang berjumlah A$ 4.75 juta (RM 13.7 juta) itu disalurkan?

7. Dua orang pegawai tertinggi yang dinamakan oleh portal akhbar Australian (The Age) berkenaan iaitu Pengerusi Pelaburan MARA, Dato Mohammad Lan bin Allani dan Ketua Eksekutif MARA, Dato’ Halim bin Rahman turut didakwa terlibat dalam pemilikan beberapa offshore companies di Singapura yang bertujuan untuk menjual hartanah-hartanah yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Adakah ini selaras dengan polisi kerajaan?

8. PAS mendesak pihak kerajaan segera mengheret mereka yang telah disyaki terlibat dalam kes kontroversi ini kerana ia melibatkan (jika benar) aktiviti pengubahan wang haram, rasuah, salah guna kuasa dan mencemarkan institusi awam di Malaysia.

Sekian, terima kasih.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
9 Ramadhan 1436 | 26 Jun 2015

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.