Majlis Syura bincang isu DAP dalam masa terdekat
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap sempena sempena sesi penggulungan persidangan Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor yang berakhir hari ini. - Foto Bernama
KUALA SELANGOR - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat akan membincangkan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP dalam masa terdekat.
Kenyataan Abdul Hadi itu dibuat berikutan keputusan untuk tidak membahaskan usul berkenaan pada Muktamar Tahunan Pas 2015 hari ini.
"Majlis Syura akan bincangkan usul seberapa segera yang dapat dilaksanakan," katanya dalam sidang media selepas tamatnya muktamar ke-61 itu di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mahfuz Omar memaklumkan usul itu tidak akan dibahaskan hari ini kerana ia usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan Pas.
Mahfuz yang juga Ketua Penerangan Pas berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.
Diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peletakan jawatan yang dijangka daripada wakil Pas dalam kerajaan negeri akan diterima dengan segera tanpa soalan, Abdul Hadi berkata beliau perlu menunggu maklumat yang terperinci berhubung kenyataan tersebut.
Kenyataan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dibuat ekoran keputusan muktamar yang menerima usul berkenaan tanpa dibahaskan.
Ditanya adakah pimpinan Pas akan mempertimbang untuk menolak terus usul dibawa oleh Dewan Ulama itu berikutan kenyataan Guan Eng tersebut, Abdul Hadi berkata pihaknya perlu mengkaji perkembangan baharu itu terlebih dahulu.
"Apa pun Pas tidak takut dalam perjuangan ini...kami sangat berpengalaman dalam sejarah sejak parti ditubuhkan tahun 50-an yang kami pernah bersama kerajaan pusat dan kami pernah bersendirian," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
"kami putus dgn dap tapi masih dalam pakaan "
haha..
ini kata2 pusing2...
bile kena acah ngan cina,
gelabah terus..apa yg dah dipusing2,di pusing2kan lagi...
kononnya cakap2 di muktamar itu belum muktamad lagi sebenarnya...
kesian tau..adoi..
berpusing2 di dalam pusing2..2lapis pusing2 haha...
kata2 pertama ialah kata2 pusing2..bile kene acah ngan dap apa yg telah dipusing2,di pusing2kan lagi..2 lapis bhai..
kesian tau tak..adohai..pentaksub...pentaksub..
dok kena main 24jam..
pentaksub2 x kira parti mana..cermin la diri masing2..sehingga begini terang punya pusing2 pun boleh folo taksub lagi hehe
kalo kene acah dengan muslim lain(parti musuh)..bukan main "jihad" terpekik terlolong kat jalan raya berdemo..
kena acah ngan cina,goyang telor..
dia punya goyang mcm dah xda besok hehe..
kalo bab cakap besar gunung kinabalu pun boleh runtuh hehe
Post a Comment