‘Saya tidak boleh tidur melihat jumlah undi’
KUALA SELANGOR - "Malam pertama saya melihat jumlah undi, saya tidak boleh tidur. Saya melihat besarnya harapan kepada saya," kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, beliau sebenarnya mengelak untuk bertanding dan turut bernazar sekiranya kalah pada pemilihan parti.
"Saya sebenarnya cuba mengelak untuk bertanding, tidak lawan dan saya bernazar kalau kalah akan sujud syukur dan sembelih seekor kambing," katanya ketika berucap di sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor hari ini.
Ini kerana kata Tuan Ibrahim, jawatan bukan perkara yang hendak direbut.
"Kerja jemaah kerja berat..yang tidak mungkin dapat dipikul dengan saf kepimpinan semata-mata, " katanya lagi.
Beliau seterusnya berkata, "Saya sering kali mengadu kepada ALLAH supaya tidak dibebankan dengan dunia sehingga menyusahkannya di akhirat.
"Namun Allah meletakkan amanah ini," katanya.
Menurutnya, Allahmarhum tok guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah berpesan kepadanya, supaya tidak menarik diri sekiranya ada pencalonan.
"Kalau tak menang tak apa, jangan kecewakan harapan perwakilan.
"Dan saya terima amanah ini dengan penuh keyakinan," katanya.
Sehubungan itu, sebagai peringatan kepada saf kepimpinan, beliau mahu ahli Pas memainkan peranan masing-masing.
"Barisan kepimpinan seumpama segenggam lidi yang setiap bahagian ada peranan sendiri.
"Mereka yang berjuang di jalan ALLAH seperti bangunan yang tersusun kukuh, daripada pasir, batu, air, simen bila berpisah tiada kekuatan
"Tetapi bila kita gabung dengan empat unsur itu, dengan kekuatan yang padu, Insya-ALLAH kita mampu bangkit sebagai sebuah parti yang besar dan menggalas harapan rakyat," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment