Tonik Pas untuk laksanakan hudud
KUALA SELANGOR - Kemenangan besar golongan proulama dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 dilihat menjadi 'tonik' kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang berjaya mempertahankan jawatan Presiden Pas, dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan muktamar itu, menekankan kerajaan Kelantan wajib mengusahakan pelaksanaan hukum Islam itu kerana desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam.
Pas melalui Abdul Hadi kini berusaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Muktamar berkenaan turut menjadi medan kepada beberapa perwakilan untuk menyelar DAP, PKR dan kalangan pemimpin Pas yang sealiran dengan DAP yang berterusan menentang usaha Pas itu.
Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sejak ditubuhkan pada 1951, usaha untuk melaksanakan syariat Islam itu ditekankan oleh Pas dalam perlembagaan parti, ucapan dasar presiden, ketetapan muktamar, manifesto pilihan raya dan sebagainya.
Beliau berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 terhasil berikutan cabaran Perdana Menteri waktu itu (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi ia terhenti apabila Kerajaan Persekutuan enggan memberikan laluan.
"Hanya apabila Kerajaan Persekutuan memberikan laluan kepada Kerajaan Kelantan untuk berbuat demikian tahun lepas saja baru usaha mengaktifkannya kembali dibuat.
"Tuduhan bahawa Pas gopoh untuk melaksanakan hudud, ini bagi saya hanyalah alasan yang digunakan oleh pihak yang tidak mahu melihat ia dilaksanakan," katanya kepada Bernama, di sini.
Kamarul Zaman berkata, Pas telah berjanji untuk melaksanakan hukum hudud selepas mendapat mandat daripada rakyat negeri itu.
Menurutnya ungkapan Pas menolak mereka yang tidak mahu memberi jalan kepada perlaksanaan hukum Islam yang diutarakan oleh Presiden Pas (Abdul Hadi) sepatutnya terpakai kepada semua pihak, baik DAP, PKR, Umno mahupun sesetengah pemimpin Pas sendiri.
Bagaimanapun, Pas sepatutnya lebih marah kepada rakan sekutunya iaitu PKR dan DAP atas penolakan cadangan membentangkan usul melaksanakan hukum hudud ini.
"Jika Abdul Hadi dan Pas serius dengan kenyataan ini maka sepatutnya muktamar Pas ini mengkaji semula kewajaran Pas bekerjasama dengan PKR dan DAP.
"Janganlah disebabkan untuk menjaga sekelumit kuasa, kedudukan dan jawatan di Selangor dan Pulau Pinang menyebabkan Pas membiarkan saja tindakan PKR dan DAP menolak perlaksanaan hukum Islam yang menjadi prinsip perjuangan Pas ini,” katanya.
Kamarul Zaman menegaskan jika ada pemimpin Pas sendiri yang turut menolaknya maka mereka sepatutnya ditolak dari saf kepimpinan Pas kerana mana mungkin pemimpin sebuah parti Islam boleh menolak perlaksanaan Islam. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment