Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIYAH, GUAN ENG LU PUNYA MULUT BANYAK BUSUK


Lim Guan Eng diminta hentikan fitnah



Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari


KOTA BHARU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng disifatkan sebagai tidak pernah jemu menjatuhkan imej Pas, sekalipun terpaksa mereka-reka cerita yang sama sekali tidak wujud.


“Dakwaan bahawa Pas berkemungkinan akan hantar ahli pada perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini telah dinafikan oleh kenyataan beberapa pimpinan utama Pas, antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta penjelasan daripada PKR selepas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan pendirian mereka bahawa Pas sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baharu.


Selain itu, Guan Eng melalui sebuah portal online dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan ahli Pas menyertai perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini.


Ahmad Fadhli berkata, sebagai contohnya, di dalam isu 1MDB, Pas beberapa kali telah menyatakan pendirian bahawa isu itu adalah isu rakyat dan wajib ditangani pihak berkuasa dengan sebaik mungkin.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas negeri berkata, Pas sama sekali tidak pernah bersekongkol dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan dan ia jelas terbukti melalui kenyataan media yang berterusan disiarkan melalui lidah rasmi Pas, sama ada melalui maya mahupun di media cetak.


“Kenapa Guan Eng mahu menyembunyikan fakta bahawa DAP yang sentiasa melontarkan cadangan bekerjasama dengan BN bagi mewujudkan kerajaan campuran? Naif sungguh seorang ketua menteri jika memperbodohkan rakyat dengan kenyataan provokasi seperti ini.


“Di dalam soal Pakatan Rakyat 2.0, Pas pastinya akan buat keputusan terbaik dan ia tidak perlu bergantung kepada seorang individu seperti beliau (Guan Eng),” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Guan eng mulut busuk tak byk org melayu nak bising.hadi mulut busuk gegak gempita bagai dunia nak kiamat.entah la nak kata apa melayu kita ni.Tuhanpun dok kata tutuplah cela saudaramu nescaya aku akan tutup celamu.eh ni hadis ke ayat quran pak.sy ni jahil sikit.depa ni sbb dengki nak peruntuh sesama kita.bkn pakat tolong nak bg kuat.marah sgt sbb putus hubungan dgn dap semua nak diungkit.tp mungkin salah kita jugak tak pak buat apa buat salah.musuh dimana mana.kawanpun boleh tikam kawan.betul jugak kan pak ini politik mana kira saudara ke apa janji duit dpt masyuk.semoga Tuhan menolong hambanya yg iklas n memberi jln keluar dr kesusahan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.