Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KES ALTANTUYA DI BUKA SEMULA ?

Kes Altantuya: Buat laporan polis bukannya cerita
Kes Altantuya: Buat laporan polis bukannya cerita
 
Bekas Ketua Polis Negara ,Tan Sri Musa Hassan memberi penjelasan berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, hari ini.‎ - Foto Sinar Online oleh FATHIN ATHIRAH HASLI
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyeru mana-mana pihak untuk membuat laporan polis sekiranya menemui bukti baharu dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kata Musa, laporan rasmi akan membolehkan kes terbabit dibuka semula untuk disiasat.

"Saya menyeru kepada sesiapa sahaja  yang mempunyai bukti mengenai kes itu untuk membuat laporan polis, dan bukannya membuat cerita.

"Pihak polis tidak akan tutup mata  dan kes itu boleh dibuka semula jika ada bukti-bukti baharu, "katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah terlibat dengan pembunuhan itu.

"Hari ini, kita masih dapat lihat laporan berita yang menyiarkan berita tersebut. Ada yang fakta dan ada yang fiksyen (dalam laporan berita tersebut).

"Saya kesal dengan laporan media yang masih mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya. Jadi hari ini saya terpanggil untuk mengadakan sidang media berkenaan perkara tersebut," katanya lagi.

Hari ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya turut menggesa pihak kerajaan menyaman Al Jazeera berikutan penerbitan dokumentari yang mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya ‎jika laporan itu tidak benar.

“Jika kerajaan fikir dokumentari itu tidak benar, mereka patut saman Al Jazeera kerana memfitnah.

“Al Jazeera ditonton jutaan orang di seluruh dunia. Kebanyakan orang percaya apa yang mereka lihat.

“Semata-mata berkata ia tidak benar mungkin meyakinkan sebahagian rakyat Malaysia, tetapi tidak akan meyakinkan orang luar,"  tulisnya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri sudah menafikan laporan yang mengaitkan Najib itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.