PKR tidak derhaka kepada Pas Kelantan

GUA MUSANG - PKR Kelantan tidak akan derhaka kepada Pas negeri itu yang mentadbir kerajaan negeri Kelantan kerana kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah kemenangan bersama.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi Majlis Pemimpin Negeri (MPN) PKR Kelantan, Roslan Puteh, PKR Kelantan tetap berpendirian memberi sokongan sama kepada parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau berkata, ini kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah gabungan parti pembangkang di negara ini walaupun senario politik DAP dan Pas ada masalah di peringkat pusat.
"Kita tetap bersama Pas di Kelantan kerana banyak ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu atas dasar politik, tetapi di luarkan Kelantan kita menyerahkan segala-galanya kepada pucuk pimpinan.
"Segala ceramah anjuran parti Amanah di Kelantan juga kita tidak akan membantunya kerana hormat kepada Pas, sebaliknya jika di luar Kelantan kita boleh naik pentas untuk berceramah,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Gua Musang kali ke 10/2015 di Pejabat Keadilan Cabang Gua Musang, di sini, pagi semalam.
Roslan juga Adun Guchil menyifatkan pertelingkahan antara DAP dengan Pas hanya sementara sahaja dan tetap bersatu balik dibawah parti pembangkang apabila sampai pilihan raya umum nanti.
Katanya, gabungan semua parti pembangkang termasuk parti Amanah akan mampu menumbangkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan sekali perampas Pusat Pentadbiran Putrajaya.
"Walaupun sebelum ini kita tewas kepada BN, tetapi PRU14 nanti kemungkinan besar pembangkang menang kerana banyak isu kerajaan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat diselesaikan,"katanya
.


0 orang berkata:
Post a Comment