Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU KENA AMBIL SINGAPURA BALIK


Sabtu, September 12, 2015


PAP menang besar di Singapura

Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi Pilihanraya Umum ke 12 Singapura dengan mandat yang lebih besar iaitu 69.86% undi popular dalam pilihanraya yang diadakan semalam.

Ini merupakan peningkatan semula yang cukup tinggi dari hanya 60.14% pada tahun 2011 dengan pembangkang dari Parti Pekerja sahaja yang mampu menghantar 6 orang wakil ke Parlimen, dengan kemenangan tipis di Aljuneid yang menyaksikan jika pembangkang kalah dalam kawasan parlimen berkumpulan yang mempunyai 5 orang calon tersebut, parlimen Singapura nyaris mempunyai hanya 1 wakil pembangkang di mana pada penggal yang lalu mereka berjaya menghantar 7 orang wakil rakyat.

PAP dengan itu memenangi 83 dari 89 kerusi yang ditandingi manakala daripada 8 parti pembangkang yang tidak bersatu membentuk pakatan, hanya Parti Pekerja yang berjaya memenangi bakinya.

Keputusan tersebut mengejutkan dan mengecewakan pembangkang di negara tersebut yang menjangkakan akan berlaku satu tsunami politik di Kota Singa itu melihat kepada kekuatan mereka dalam sambutan yang diterima semasa kempen pilihanraya diadakan.

Beberapa Laman Facebook pembangkang memuatnaik gambar profil berwarna hitam lambang berkabung.

Faktor seperti ramainya warganegara baharu kebanyakannya dari India dan China yang menyertai majoriti senyap didakwa sebagai punca kemenangan PAP yang dikatakan memainkan sentimen yang memberi kelebihan kepada mereka seperti rekod kejayaan Singapura di bidang ekonomi, kemajuan, dasar-dasar yang jelas serta kekukuhan matawang berbanding negara-negara jiran, perayaan 50 tahun Singapura dan sentimen nostalgik ke atas mendiang bapa kemerdekaan mereka, Lee Kuan Yew,  yang meninggal dunia Mac lalu.

Warganegara baharu Singapura kebanyakannya terdiri dari golongan profesional dan jutawan yang didakwa berjumlah 40% dari penduduk Singapura.


Peta kemenangan PAP (merah) dan WP (biru) dari Straits Times.

Rabu, September 09, 2015


Ahli Parlimen Singapura 'hina' Malaysia dikritik hebat warga Singapura


​Ekoran kenyataan Ahli Parlimen Singapura Lim Swee Say bahawa dirinya beruntung kerana tidak menjadi rakyat Malaysia, kemarahan warga Singapura ke atasnya menebar di media sosial.

Lim yang berkempen untuk partinya PAP, menyebut bahawa dia cukup beruntung kerana jika bapanya tidak meninggalkan China dengan menaiki bot dahulu, dia pastinya sekarang berwarganegara China dan jika Singapura tidak keluar dari Malaysia dahulu dia pastinya sekarang berwarganegara Malaysia." Berikut kenyataanya :

"So this year we celebrate SG50, (Singapore's 50th anniversary) and I am thinking, if my father didn't get on the boat to Singapore, I might be a China citizen,Then in 1965, Singapore and Malaysia separated, because Mr Lee Kuan Yew wanted a nation regardless of language, regardless of race – one that is equal. So we can't stay in Malaysia, as the tenet of Malaysia is: Malaysia belongs to the Malays. So we had no choice, we could only separate. So I am thinking, if we didn't separate in 1965, today you and I would be Malaysians, 'heng' (lucky) ah.
Kenyataan tersebut menimbulkan rasa tidak senang pemimpin di Malaysia dan China yang menyelar sikap memburukkan negara lain demi meraih undi. Akibatnya juga ramai rakyat Singapura bangkit menyelar tindakan Lim dan bangkit membela Malaysia.

Pada sudut lain, ini memberi gambaran jelas bahawa jika parti-parti politik di negara kita hendak berkempen, tidak usahlah memburuk-burukkan negara lain. Namun adakah kita tidak pernah berbuat demikian?

Warna-warni politik Singapura menjadi sorotan antarabangsa minggu ini menjelang Pilihanraya Umum Singapura pada 11 September ini yang menyaksikan PAP buat kali pertama menerima tentangan sengit dari parti pembangkang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.