Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERISTIWA INI TIDAK MEMBOLEHKAN ORANG MUDA MENJADI WAKIL RAKYAT

Shahir: Ibu bapa nasihat tinggal di rumah

Siasat segera kes mahasiswa ditoreh, disimbah cat
Shahir Rahimi mengalami kecederaan parah.
 
SHAH ALAM - "Saya bukannya gagal dikesan," demikian reaksi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Shahir Rahimi yang dikatakan gagal dikesan oleh pihak pentadbiran universiti sejak keluar dari hospital.

Shahir yang merupakan Presiden Gerakan Mahasiswa UKM dikatakan diserang sewaktu bertugas menjaga poster-poster kempen pilihan raya di dalam kampus bagi memastikan ianya tidak disabotaj.

Menurut Shahir, dia masih tidak dapat keluar ke rumah berikutan keadaan kesihatan yang masih tidak mengizinkan.‎

"Saya beransur pulih..Cuma tunggu luka kering. Tangan kanan kena jahit‎. Tangan kiri satu torehan panjang. Di dada ada dua torehan panjang. Di dahi ada satu torehan.

"Laporan doktor saya belum ambil. Belum ada kemampuan lagi untuk ambil...sebab saya masih kuarantin. Ibu bapa nasihatkan saya untuk tinggal di rumah. Saya bukan gagal dikesan," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Semalam, pentadbiran universiti dilaporkan cuba mengesan Shahir yang gagal dihubungi sebaik sahaja mahasiswa itu mendaftar keluar dari Hospital Serdang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shahir ada di rumah, sedang berehat, kata rakan]
Sebelumm ini, rakan Shahir yang enggan dikenali mengesahkan Shahir berada di rumah dan beransur pulih dari kecederaan yang dialami.

Menurut rakannya yang dihubungi semalam, Shahir masih enggan menceritakan serangan tersebut berikutan trauma yang dialami akibat serangan terbabit.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.