Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEDIA DI SIASAT


Noh sedia disiasat jika salah‎

Noh Omar
Noh Omar


SHAH ALAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk disiasat polis sekiranya ucapan yang disampaikan pada Himpunan Rakyat Bersatu kelmarin berbaur hasutan dan perkauman.

Katanya, tiada yang salah dalam ucapan tersebut kerana beliau hanya membangkitkan betapa pentingnya semua pihak menghormati orang Melayu kerana sikap tolak ansur ini menjadi tonggak keharmonian dalam masyarakat majmuk di negara ini.


“Jika ucapan saya berbaur hasutan bila-bila masa saya akan beri kerjasama kepada polis dan terpulang kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan kerana tidak ada siapa boleh melanggar undang-undang, termasuk saya.


“Kalau ucapan saya dianggap berbaur perkauman, hasutan dan sebagainya itu adalah kuasa polis untuk menyiasat dan kuasa timbalan pendakwa raya untuk mendakwa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk Selangor,  semalam.


Noh yang hadir atas kapasiti Timbalan Pengerusi Alumni Belia 4B Malaysia menegaskan,  beliau dan pemimpin lain hanya menyuarakan hak orang Melayu tetapi dalam masa yang sama kena hormati hak kaum lain.


"Cuma kebelakangan ini parti pembangkang seperti DAP sengaja bangkitkan kemarahan orang Melayu. Gambar pemimpin Melayu dipijak, agama Islam dihina dan pelbagai provokasi lagi (dilakukan). Siapa yang mulakan dulu?" katanya.


Kerana itulah katanya, beliau meminta kerajaan mengkaji semula Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembangkang dilihat tidak menghormati undang-undang.


“Tak salah kaji balik ISA demi keamanan negara. Kita tak boleh tekan pemimpin letak jawatan dengan demonstrasi jalanan. Ini bukan budaya kita ia bertentangan dengan perlembagaan.


"Bersih kena tunggu PRU14 kalau nak tunjuk hebat. Mengapa sekarang, apa tujuan mereka? Jangan racun fikiran rakyat, tunggu saja pilihan raya,” katanya.


Beliau berkata, himpunan baju merah dianjurkan sebagai penentangan terhadap Bersih yang mahu menjatuhkan pemimpin melalui demonstrasi jalanan.


“Himpunan merah bukan soal Melayu. Bagi kami, nak tunjuk kuasa kepada rakyat bukan dengan kumpul orang tetapi buktikan di peti undi.  Tak puas hati dengan BN tunggu pilihan raya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.