KITA BELUM DITERANGKAN APAKAH KAEDAHNYA, NAMPAKNYA MUDAH, NAMUN KAEDAHNYA KITA TIDAK TAHU -Pak Karamu
Tebus sumpah beri makan orang miskin
Tebus sumpah beri makan orang miskin
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul
Bahrin Shah memilih untuk memberi makan kepada 10 orang miskin sebagai
menebus sumpah baiah yang dilafazkan sebelum ini berhubung ketaatan
terhadap perjuangan Pas.
Tindakan itu, katanya, diambil berdasarkan kepada surah Al-Maidah ayat 89 berhubung Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus sumpah baiah jika berlaku pelanggaran sumpah.
“Hukumnya adalah memerdekakan seorang hamba, beri makan 10 orang miskin daripada apa kita makan dan berpuasa tiga hari.
“Saya memilih yang kedua, akan beri makan 10 orang miskin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.
Tindakan tebus sumpah itu diambil selepas beliau melanggar lafaz baiah yang diikrarkannya secara sukarela di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua tahun lalu apabila mengambil keputusan menyertai Parti Pekerja Malaysia.
Walaupun sebahagian besar pemimpin Pas menganggap sumpah baiah tersebut masih sah sehingga kini, beliau sebaliknya menganggap Pas sudah lari daripada perjuangan asal terutama berhubung tahalluf siyasi atau kerjasama politik dengan rakan pakatan.
Katanya, beberapa perkara diabaikan Pas adalah meninggalkan konsep Pas untuk semua dan memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi pada Jun lalu yang disifatkan perubahan besar konsep asal sebelum PRU13.
"Selain itu, keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh Pas dalam PR, manakala golongan profesional disingkir daripada Jawatankuasa Pas Pusat yang dilihat memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama,” katanya.
Beliau menjelaskan, kesedaran perubahan konsep perjuangan Pas menyebabkan beliau ‘berhijrah’ kepada Harapan Baru seterusnya Parti Pekerja Malaysia melalui parti Islam mengikut legasi bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau turut memetik hadis Mengulas desakan Pas Terengganu supaya beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin menuntut supaya Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membentangkan prestasi dan kehadiran kesemua ahli Parlimen Terengganu melalui beberapa fakta dengan menuntut ia diperjelaskan selama 14 hari bermula kelmarin.
“Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat, pengundi boleh buat penilaian siapakah sebenarnya yang patut letak jawatan sebagai ahli parlimen,” katanya.


8 orang berkata:
kena buat ketiga2 atau 1 atau 2 dari 3?
Mana satu anda percaya dan akan ikuti antara dua ulama ini:
1. Ulama Tersohor Dunia, (Islamic Scholar and Chairman of International Union Of Muslim Scholars, Yusuf Al-Qaradawi, menyatakan Bai'ah cagar Isteri Talak Tiga PAS adalah haram kerana bercanggah Al-Quran dan Sunnah;
2. Ulama Tersohor PAS, (President PAS and Vice President Of The International Union Of Muslim Scholars, Haji Hadi Awang, menyatakan Bai'ah cagar Isteri Talak Tiga PAS adalah Halal dan mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Buatlah pilihan yang bijak dan jangan jadi ketawa atau lawak dunia Islam.
Kalau ikut ranking, Haji Hadi ialah ke lima terbawah selepas Chairman, Secretary General dan 3 Vice President. Ramai wala'un wala'un sangka Hadi ialah kedua tersohor selepas Yusuf Al-Qaradawi..Inilah fahaman dan ikutan para walaun.
Scholars who are currently or have been at one time officials include:
The President: Yusuf al-Qaradawi.
The Vice Presidency of the Union is shared by Ahmad Al-Raysouni (of Morocco), Ahmed bin Mohammed al-Khalili (Grand Mufti of Oman) and Abdul Hadi Awang (President of Pan-Malaysian Islamic Party of Malaysia).
Secretary General is Ali Muhiuddin Al-Qurra Daghi.
Rujuk kemahkamah syariah...tau jatuh ka tidak...itu baru berautoriti...
Rujuk kemahkamah syariah...tau jatuh ka tidak...itu baru berautoriti...
Rujuk kemahkamah syariah...tau jatuh ka tidak...itu baru berautoriti...
PARTI GADAI BINI
PARTI GADAI ISLAM
qzz0529
ray ban sunglasses
coach outlet online
adidas trainers
pandora charms
pandora charms
christian louboutin outlet
air max 90
oakley sunglasses wholesale
coach outlet online
oakley sunglasses
Post a Comment