Bina semula Pakatan Pembangkang
Wan Azizah Wan Ismail
SHAH ALAM - Semua parti pembangkang bakal mengadakan persidangan meja
bulat Selasa depan dalam rangka untuk membentuk pakatan pembangkang yang
baharu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau telah mula mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan parti-parti pembangkang utama sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah melalui pertemuan-pertemuan ini, saya yakin ada kesepakatan yang kukuh ke arah membentuk sebuah pakatan pembangkang baru seperti yang dikehendaki rakyat.
“Pada hari ini, saya telah memanjangkan jemputan kepada pimpinan parti-parti pembangkang utama iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu untuk menyertai persidangan meja bulat itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Melalui kenyataan tersebut, Wan Azizah memaklumkan rundingan meja bulat itu akan diadakan di sebuah hotel di Subang Jaya.
Menurutnya, pihaknya turut menjemput pimpinan NGO seperti Abim, Wadah, Ikram, Bersih dan Negaraku serta tokoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno) dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, persidangan meja bulat itu bertujuan membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang.
“Saya yakin semua pihak akan mengetepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno-BN,” katanya.


1 orang berkata:
Confirm Adi Awe tidak akan hadir. Mesyuarat dan perbincangan bagi beliau bukan dari ajaran Islam. mungkin bagi beliau yang diajar oleh Islam adalah bercakap bohong, U-Turn, mengkafirkan orang Islam lain, membaruakan ahli bawahan, ponteng tugas parlimen, memfitnah orang Islam lain, membuat kenyataan yang mengelirukan ahli dan bersikap perengus serta keras hati.
Post a Comment