Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PENDIRIAN MUHYIDDIN ?

Muhyiddin: Pendirian saya tidak pernah berubah
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
 
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa bantahannya terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 bercanggah dengan sokongannya terhadap akta itu ketika dalam Kabinet.

Menurutnya, pendiriannya masih sama namun bantahannya yang dibuat dalam kenyataan bersama kelmarin merujuk kepada penyalahgunaan akta itu terhadap penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Khairuddin, Matthias Chang.

 “Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam.

”Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Semalam, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa Sosma tidak terhad kepada aktiviti keganasan atau pengganas sebaliknya ia adalah langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan keselamatan dilakukan.

[ARTIKEL BERKAITAN: AG: Sosma bukan hanya untuk ‎pengganas]

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut menjelaskan bahawa Khairuddin serta Matthias‎ didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cuba mensabotaj perbankan Malaysia dan sistem kewangan, bukannya Sosma.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pendiriannya itu selari dengan jaminan kerajaan ketika Sosma digubal bahawa ianya tidak akan disalah gunakan untuk tujuan-tujuan lain, terutamanya yang bermotifkan politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan.

“Jaminan ini adalah selaras dengan langkah transformasi politik yang diambil oleh kerajaan. Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.

“Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?” katanya.

Beliau turut mempertikaikan kekebalan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu hingga si pelapor berakhir di mahkamah.

“Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah? Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?

“Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbilion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?” katanya.

Beliau turut membangkitkan persoalan untuk pemimpin-pemimpin Umno berhubung harga jiwa perjuangan yang ada dalam kalangan mereka .

“Apakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal ini dan bersekongkol dengan para petualang? Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang Umno dibeli dengan harga yang murah.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Umno untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu. Barulah Umno akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh ALLAH SWT,” katanya.

Kelmarin, lima pemimpin ‘heavyweight’ BN menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam satu sidang media bagi menyatakan bantahan ke atas penahanan Khairuddin dan Matthias‎.

Selain Muhyiddin dan Mahathir, sidang media itu turut disertai, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pakarmu ,jangan tanya perasaan orang ,tanya perasaan kamu bagaiman atas kerjasama antar Pas dan Perkasa.adakah sesuai dalam keadaan sekarang atau bagaiman ,rasanya adalah lebih baik Pas teruskan hubungan ini kerana mungkin Pas akan lebih kuat bersama Perkasa,tolong komen sikit tuan Pakarmu.

Anonymous said...

Macamana nak komen.....blog ni khas untuk kaki ramalan angka ghaib......macam judi tikam ekor.....Pakkara tolong siar kan kerna nak kutip saham akhirat...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.