Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHUN HIJRAH

"Kunci penting peristiwa hijrah ialah kesatuan"




Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR- Pas dalam perutusan ucapan bersempena sambutan Maal Hijrah hari ini menyatakan bahawa antara kunci penting peristiwa Hijrah ialah kesatuan dan perpaduan ummah.

Kenyataan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyebut bahawa dalam peristiwa Hijrah itu membawa kepada kesatuan Muhajirin yang  mendukung perjuangan Islam dan semangat perpaduan Ansar menerima saudara-saudara Muhajirin yang tidak mereka kenali.


‎"Kunci penting inilah yang membawa kepada terbinanya Madinah yang menjadi model Kerajaan Islam terbaik yang dipenuhi rahmat dan penuh keadilan kepada semua penduduknya sama ada penganut Islam dan bukan Islam.


"Oleh yang demikian, marilah bersama kita mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah untuk kita bina kesatuan dan perpaduan ummah sehingga terbinanya sebuah negara yang menjamin keadilan dan rahmat untuk semua penduduknya," petik kenyataan tersebut.


Dalam perutusan itu juga, Abdul Hadi berharap tahun hijrah kali ini bakal membawa masa depan Malaysia yang lebih baik.


"Semoga tahun hijrah 1437 akan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk Islam di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya," ujarnya.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.