Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAR PARTI AMANAH NAK BUAT APAPUN, PAS JANGAN MASUK CAMPUR, PAS ADA CARA SENDIRI


Kritikan Tun M 'signal nazak' keadaan negara
‎Dr M, Ku Li, Muhyiddin pertahan Khairuddin
Sidang media Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana. - Foto Sinar Harian
 
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) memandang kritikan pemimpin veteran Umno yan‎g diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad merupakan 'signal nazak' terhadap keadaan negara yang sedang memasuki fasa tenat dan semakin memburuk.

Ketuanya, Sany Hamzan berkata, hal itu menjadi lebih menarik apabila Mahathir sanggup mengetepikan sengketa lama beliau dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk tampil bersama memberikan tekanan kepada pentadbiran Perdana Menteri ketika ini.

‎" Oleh itu Pemuda Amanah berpendirian bahawa koalisi baru Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Mahathir agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB, mampu digarap semaksimum mungkin bagi mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik.

"Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

‎Dalam pada itu, Sanny berkata pihaknya percaya bahawa politik matang dan rentas emosi ini mampu dimanfaatkan untuk tidak terus membiarkan rakyat menderita.

"Perbincangan ke arah itu sudah seharusnya bermula memandangkan rakyat tidak mampu menanggung kesusahan demi kesusahan bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Walau mungkin sukar, kita juga percaya bahawa melalui medium konsultasi, tiada masalah atau konflik yang tidak mampu dirungkai," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.