Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ROMPAKAN ATM


Lebih RM100,000 wang ATM berjaya dilarikan
Atas faktor keselamatan kawasan berkenaan dikosongkan dengan jarak radius 100 meter ketika pemusnahan dilakukan. - Foto Sinar Harian
 
AYER KEROH - Sekumpulan penjenayah dipercayai berjaya melarikan lebih RM100,000 selepas meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Ambank Cawangan Ayer Keroh di sini, awal pagi ini.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, ATM berkenaan dipercayai diletupkan menggunakan bom jenis paip sebelum sejumlah wang dilarikan lebih dua suspek menaiki sebuah kereta mewah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pemeriksaan awal pihaknya menemui sebuah bom masih aktif terdapat berhampiran ATM berkenaan.

"Suspek dipercayai melarikan wang berkenaan dalam tempoh satu minit selepas ATM berkenaan diletupkan.

"Satu lagi paip bom yang aktif terpaksa kita musnahkan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, demi faktor keselamatan kawasan berkenaan dikosongkan dengan jarak radius 100 meter ketika pemusnahan dilakukan di luar bank tersebut.

"Kita dalam usaha mengesan suspek dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemusnahan menggunakan bahan letupan," katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.